- Berita
- Kereta Baru
- Aston Martin Vantage Baharu Kini Rasmi di Malaysia – Cecah 656 HP! Dari RM2.37 Juta
Aston Martin Vantage Baharu Kini Rasmi di Malaysia – Cecah 656 HP! Dari RM2.37 Juta

Aston Martin Vantage 2024 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar tadi.
Tiba dengan penuh kemegahan di Malaysia pada hari ini, Aston Martin Vantage 2024 kini ditawarkan di pasaran dengan harga bermula daripada RM2.37 juta, termasuk duti dan cukai, sebelum pilihan kustom.
TRENKUASA & PRESTASI ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU
Aston Martin Vantage baharu menawarkan prestasi luar biasa, dikuasakan oleh enjin V8 Twin-Turbo 4.0L diambil daripada AMG yang menghasilkan kuasa mencecah 656 hp (665 ps) dan tork 800 Nm. Ini adalah peningkatan signifikan berbanding pendahulunya, masing-masing dengan pertambahan sebanyak 30% dan 15%.


Kuasanya lebih 153 HP dan 115 NM berbanding model V12 sebelum ini.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan ZF dan Final Drive Ratio (3.083:1) yang dipendekkan, Vantage mampu bergerak dari 0-96 km/j (0-60 batu/jam) dalam hanya 3.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 325 km/j (202 batu/jam).
Sistem penyejukan enjin juga dipertingkatkan untuk disesuaikan dengan sistem enjin yang semakin berkuasa, memastikan suhu udara masuk yang stabil agar prestasi kekal konsisten.
KUALITI PENGENDALIAN ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU
Aston Martin Vantage menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan kerana memiliki struktur badan yang kukuh, yang membantu meningkatkan keseimbangan kereta, sekaligus menjadikan pemanduan terasa lancar.


Sistem pengendalian bantuan kuasa elektronik (EPAS) Vantage, menawarkan input pemandu secara terus kepada kenderaan. Ini disempurnakan lagi dengan penggunaan tayar Michelin Pilot Sport S 5 dan rim aloi 21 inci untuk cengkaman dan respons yang lebih baik.

Kehadiran sistem kawalan dinamik kenderaan aktif juga membantu melancarkan pemanduan. Sistem ini membolehkan kenderaan dipandu di selekoh dengan lebih baik dan ‘tajam’ atau ‘tepat.’
Selain itu, Vantage juga dilengkapi dengan ciri-ciri menarik lain seperti komponen Electronic Rear Differential (E-Diff) dan Integrated Traction Control yang membantu kereta agar kekal stabil dan seimbang. Dengan Adjustable Traction Control, pemandu boleh menyesuaikan berapa banyak cengkaman yang diperlukan di bahagian tayar, memberikan pemandu jenis kawalan yang fleksibel untuk pelbagai keadaan.
REKA BENTUK ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU

Aston Martin Vantage baharu tampil menyerlah dengan bentuk badan yang lebih lebar dan reka bentuk hadapan baharu, menampilkan aperture gril yang lebih besar dan pemasangan integrated splitter yang meningkatkan aerodinamik dan kestabilan pada kelajuan tinggi.




Ciri menyerlah lain ialah strake sisi ikonik Aston Martin, rim aloi bersaiz 21 inci dan cermin pintu tanpa bingkai, bampar belakang yang lebih lebar dan ekzos berkembar memastikan penampilan dramatik dari setiap sudut.
KABIN ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU
Sebagai sebuah model ultra-mewah, Aston Martin Vantage baharu menggabungkan reka bentuk dalaman yang menawan, penggunaan bahan premium dan teknologi terkini.


Vantage dilengkapi dengan sistem audio Aston Martin 390w 11 speaker sebagai standard, untuk pencinta muzik, sistem audio lebih premium Bowers & Wilkins turut ditawarkan, yang menampilkan 15 speaker 1,170W. Model ini diberikan sistem infotainmen generasi seterusnya, yang dibangunkan Aston Martin dan pertama kali digunakan pada DB12, sistem ini boleh dihubungkan dengan sistem iOS dan Android.
Ciri lain ialah tempat duduk sport boleh laras 8 arah dengan fungsi pemanas yang didatangkan secara standard, untuk keselesaan optimum pengguna boleh memilih ciri tambahan sistem ventiasi, dan pelarasan 16 arah. Tempat duduk juga boleh diberikan balutan gentian karbon, stereng dengan fungsi pemanas dan sebagainya.
HARGA JUALAN ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU

Kunjungi Aston Martin Kuala Lumpur untuk melihat Vantage baharu dengan lebih dekat atau untuk membuat tempahan. Aston Martin Vantage baharu dijual pada harga bermula daripada RM2.37 juta termasuk cukai dan duti, sebelum pilihan kustom. Pembelian adalah termasuk jaminan lanjutan sehingga 20 tahun seperti model Aston Martin yang lain.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4238
SELANGOR
BST7549
JOHOR
JE3918J
PULAU PINANG
PSF6029
PERAK
APL5208
PAHANG
CFH7543
KEDAH
KGJ1430
NEGERI SEMBILAN
NEL8759
KOTA KINABALU
SJU1567
KUCHING
QAB5763P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat