ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW iX1 eDrive20 M Sport Kini di Malaysia – Hingga 475KM Satu Cas, Dari RM249,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

02.-The-All-New-BMW-iX1-eDrive20-M-Sport-in-Portimau-Blue---Veganza-Mocha.jpg


BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW iX1 eDrive20 M Sport


BMW Group Malaysia memperkenalkan crossover elektrik mewah, BMW iX1 eDrive20 M Sport untuk pasaran tempatan.  Model terbaru ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM249,800.


02.-The-All-New-BMW-iX1-eDrive20-M-Sport-in-Space-Silver---M-Alcantara-Veganza-Black.jpg04.-The-All-New-BMW-iX1-eDrive20-M-Sport-in-Portimau-Blue---Veganza-Mocha.jpgDSC00768.jpgDSC00763.jpg


iX1 eDrive20  (atas) diberikan sentuhan badan sporty dengan kit M Sport seperti varian lebih tinggi, xDrive30 (bawah) yang dilancarkan tahun lalu.


REKAAN BMW IX1 EDRIVE20 M SPORT 


BMW pertama kali memperkenalkan varian iX1 ini pada bulan September tahun lalu menjelang pameran IAA Munich 2023. Bagaimanapun, berbeza dengan model yang ditunjukkan secara global, varian iX1 eDrive20 untuk Malaysia telah diberikan peningkatan rekaan luaran dengan pakej sentuhan M Sport.


01.-The-All-New-BMW-iX1-eDrive20-M-Sport-in-Alpine-White---Veganza-Mocha.jpgP90520691_highRes_the-all-new-bmw-ix1-.jpg


Gril varian eDrive20 bercorak mesh.


Varian ini menampilkan gaya yang sporty seperti varian xDrive30 M Sport yang lebih tinggi yang diperkenalkan  semasa Pameran Automotif Malaysia 2023. Namun, varian baharu ini tampil dengan gril hadapan yang berbeza. 


KABIN BMW IX1 EDRIVE20 M SPORT 


P90520695_highRes_the-all-new-bmw-ix1-.jpg


Kabin iX1 eDrive20 M Sport.


Di ruang kabinnya, BMW iX1 eDrive20 M Sport menggunakan skrin BMW Curved Display terkini yang menggabungkan skrin paparan instrumen bersaiz 10.25 inci dan infotainmen 10.7 inci. Kedua-duanya menggunakan sistem operasi BMW Operating System 9 dalam pakej BMW Live Cockpit Professional. 


TRENKUASA BMW IX1 EDRIVE20 M SPORT 


Dari segi trenkuasa,  iX1 eDrive20 M Sport  menggunakan bateri litium-ion 64.7 kWj yang turut digunakan pada xDrive30 M Sport, tetapi dengan hanya satu motor elektrik yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan pada output 204 hp dan 247 Nm. 


Untuk pengecasan semula, iX1 eDrive20 M Sport menerima input AC sehingga 11 kW dan DC 130 kW. Menggunakan DC dalam masa hanya 10 minit, kereta boleh mencapai jarak EV sehingga 120 km, serta masa cas semula 10-80% yang pantas hanya dalam 28 minit - sama seperti iX1 xDrive30 M Sport.


03.-The-All-New-BMW-iX1-eDrive20-M-Sport-in-Black-Sapphire---Veganza-Black.jpg

Pandangan sisi iX1 eDrive20 M Sport .


Sistem trenkuasa elektrik yang digunakan membolehkan varian ini bergerak dari 0-100 km/j dalam masa hanya 8.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 170 km/j. Dengan cas penuh, ia boleh bergerak sejauh 475 km (WLTP). 


Untuk makluman, varian xDrive30 M Sport yang lebih tinggi, menggunakan enjin dwi-motor 313 hp dan tork 494 Nm, dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat. Walau bagaimanapun, varian ini hanya boleh  mencapai jarak perjalanan elektrik sehingga 440 km (WLTP).


HARGA JUALAN BMW IX1 EDRIVE20 M SPORT 


BMW iX1 eDrive20 M Sport ditawarkan di pasaran pada harga yang bermula daripada RM249,800, atau RM264,000 dengan pakej BMW Service & Repair (BS + RI). Berbeza dengan varian xDrive30 M Sport yang dijual pada harga bermula daripada RM275,800 dan RM290,000 (dengan pakej BS + RI).

06.-The-All-New-BMW-iX1-eDrive20-M-Sport-in-Alpine-White---Veganza-Mocha.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL5659

SELANGOR

BSS9041

JOHOR

JC5998J

PULAU PINANG

PSE7982

PERAK

APK7435

PAHANG

CFH4806

KEDAH

KGH6057

NEGERI SEMBILAN

NEL4776

KOTA KINABALU

SJT5867

KUCHING

QAB4185P

Terakhir Kemas Kini 19 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
EV

15-01-2026
Berita Auto

02-12-2025
Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

21-07-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.