Chery Auto Malaysia Capai Pengeluaran Unit CKD Ke-10,000 Dalam 8 Bulan!
-full_normal.webp)
Chery Auto Malaysia (Chery Malaysia) telah berjaya mengeluarkan 10,000 unit kenderaan sejak dalam tempoh hanya lapan bulan setelah menjalin ikatan kerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd untuk mengeluarkan kenderaannya di Malaysia.
Operasi pemasangan tempatan (CKD) jenama tersebut dilakukan di kilang Inokom yang berkeluasan 200 ekar di Kulim, Kedah. Kepantasan syarikat mencapai jumlah pengeluaran yang besar dalam tempoh yang singkat ini mencerminkan komitmen Chery Malaysia terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan dalam industri automotif tempatan.
-full.webp)
Kerjasama antara Chery Malaysia dan Inokom Corporation yang dirasmikan pada Mei 2023, telah menghasilkan model tempatan pertama mereka, iaitu Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro yang mencapai sasaran penghantaran pada Ogos tahun yang sama.
-full.webp)
-full.webp)
Model lain, Tiggo 7 Pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi telah mula dihasilkan di kilang tersebut sementara model elektrik, Omoda E5 pula dijangka akan mula dipasang tidak lama lagi.
Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan memanfaatkan sambutan pasaran yang positif, Chery Malaysia bersedia untuk meningkatkan operasi dengan pengenalan satu lagi barisan pemasangan di kilang Inokom. Barisan pemasangan baharu itu diwujudkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, kecekapan, sambil mengekalkan standard kawalan kualiti tertinggi bagi produk dan perkhidmatannya.
Presiden Chery Auto Malaysia, Leo Chen dan Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham, baru-baru ini telah merasmikan barisan pengeluaran baharu tersebut di Kulim, Kedah.
Semasa majlis itu, Chen menekankan bahawa Chery Auto Malaysia komited untuk mengeluarkan produk yang selamat dan boleh dipercayai kepada para pelanggan. Beliau turut berharap agar kerjasama dengan Inokom akan terus mekar di saat syarikatnya berusaha untuk memberikan pengalaman pemilikan dan pemanduan yang terbaik kepada pelanggan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL9463
SELANGOR
BST670
JOHOR
JC7563J
PULAU PINANG
PSE8794
PERAK
APK8114
PAHANG
CFH5015
KEDAH
KGH6394
NEGERI SEMBILAN
NEL5130
KOTA KINABALU
SJT6242
KUCHING
QAB4297P
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Chery Malaysia Sahkan Model Prestasi & SUV Mewah Akan Tiba Pada 2026
Sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2023, Chery Auto Malaysia tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan taringnya.
02-02-2026
Promosi Akhir Tahun Chery – Hadiah Bernilai Lebih RM150K!
Sempena berakhirnya tahun 2024 dan sambutan Hari Krismas tidak lama lagi, Chery Malaysia telah melancarkan kempen “Great Year-End Lucky Draw” hingga 31 Disember 2024.
10-12-2024
Pelaburan RM1 Bilion Chery Melonjakkan Sektor Automotif Malaysia
Chery Auto Malaysia membuat pelaburan besar berjumlah RM1 bilion dalam industri automotif Malaysia.
19-06-2024
Pusat 3S Chery Auto Malaysia Kini Di Nilai, Negeri Sembilan
Chery Auto Malaysia telah mengumumkan pembukaan sebuah pusat pameran dan pusat servis baharu hasil kerjasama strategik dengan rakan pengedar, SS Mobile Sdn Bhd.
05-06-2024
Chery Auto Malaysia, TDA Meterai MoU Bangun Standard ESG Industri Automotif
Chery Auto Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Depositori Teknologi (TDA).
24-05-2024
Berita Terkini
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat