Jenama Kereta China Paling Laris, Tentunya Omoda 5
Suhana Veru
2-8-2023
Tahukah anda, pasaran SUV segmen-B tempatan tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan memandangkan permintaan terhadap segmen ini semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Jika tawaran segmen B dalam tempatan dan Jepun masih tidak memadai namun jangan risau sekiranya ia tidak menepati citarasa anda.
Ini kerana satu lagi pesaing yang berasal dari China, Chery telah melancarkan secara rasminya Omoda 5 secara rasminya pada bulan lepas.
Ketibaannya di pasaran bakal menyaingi seterunya seperti Honda HHR-V dan Proton X50.
Namun, agak tidak adil untuk mengadu jenama kereta 'baharu' dengan entiti yang bukan sahaja telah menubuhkan ekosistem mereka untuk menyokong model-modelnya, tetapi juga mempunyai reputasi kukuh yang dibina selama bertahun-tahun.
Jadi kami mengandaikan Omoda 5 ini mempunyai sesuatu yang boleh mengejutkan pesaing terkenalnya.
Setelah merintis Chery Omoda 5 baharu dalam varian H (singkatan untuk 'Honor') berspesifikasi tinggi ini, kami boleh katakan bahawa B-SUV berlencana China ini mempunyai banyak potensi dimana ia boleh ‘pergi jauh’’.
PANDANGAN KESELURUHAN:
Sekali imbas, Omoda 5 adalah kenderaan yang cukup menarik walaupun tiada daya tarikan universal seperti mana yang ada pada beberapa pesaingnya.
Kenyataan ini nyata berasas apabila anda memilih spesifikasi H yang merupakan varian tertinggi dimana terdapat aksesn merah di beberapa bahagian luarannya terutama pada rim bersaiz 18 inci, cermin sisi, bahagian sisi, depan dan belakang.
Menjengah bahagian hadapannya, ia menampilkan rekaan yang cukup futuristik kerana ia berbeza dengan model Chery yang sebelum ini.
Bagi yang tidak tahu, ia yang direka dengan rekaan baharu Art in Motion hadir dengan gril depan yang lebih besar dan tiada sebarang bingkai di sekeliling grilnya namun ia disepadukan dengan lampu nyalaan siang LED yang berbentuk tirus.
Omoda 5 juga tampil dengan rekaan yang begitu futuristik yang tiada kaitan langsung dengan model-model Chery sebelum ini. Ia direka dengan falsafah rekaan baharu Art in Motion oleh Chery, menampilkan gril depan berbentuk berlian yang besar tanpa bingkai, bersepadu dengan lampu nyalaan siang LED tirus.
Jika diamati dengan lebih dekat, lampu hadapannya disusun secara menegak seolah-olah tiga tingkat. Nyata, ia akan memberi pencahayaan yang cukup terang.
Selain itu, bahagian bawah bamparnya dihiasi dengan trim berwarna merah.
Melihat garis bumbungnya membuatkan ia seolah-olah seperti kereta coupe memandangkan cermin depan belakangnya sedikit mencuram selain dipadankan dengan dwi -spoiler yang memberikan rupa agresif.
Jika menghala ke belakang pula, ia menampilkan rekaan lampu LED yang merentangi sepenuhnya selain terdapat perumah tip ekzos dimana ia dihala ke bawah menyebabkan ia kelihatan sedikit tersorok di belakang bampar.
Pendek kata, apa jua citarasa penggayaan anda, adalah wajar bahawa Chery Omoda 5 adalah SUV yang benar-benar menarik.
Lebih penting lagi, ia juga didatangkan dengan bahagian dalaman yang cukup memukau!
KABIN
Untuk makluman anda, ruang kabinnya mampu mengatasi kereta-kereta keluaran dari Jepun kerana ia telah mendahuluinya dalam beberapa aspek tertentu.
Sebaik melabuhkan punggung di bahagian tempat pemandu, penulis mendapati bahagian hadapannya dihiasi dengan skrin berkembar bersaiz 10.25 inci.
Satu skrin digital untuk pemandu manakala satu lagi untuk sistem infotainmennya.
Apa yang cukup menarik ialah kedua-dua skrinnya menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta menampilkan fungsi arahan suara.
Di bawah skrin itu pula terletak panel kawalan pendingin udara yang merentangi di bahagian papan pemuka dan ia dikawal dengan menggunakan butang kawalan sentuhan yang terletak di bawah liang udara tengah.
Selain itu, kabinnya cukup menyerlah kerana terdapat sistem pencahayaan ambien, bumbung matahari panoramik, sistem hi-fi premium Sony, 8-pembesar suara, manakala tempat duduk hadapan dibaluti dengan material kulit, kamera pandangan 360 darjah, but berkuasa, lampu aluan, dan bantuan had laju.
Kedua-dua bahagian tempat duduk itu dilengkapi dengan sistem pengudaraan dan kerusinya boleh dilaraskan secara elektronik kepada enam hala.
Bagi penumpang belakang, mereka juga menerima kerusi yang dibalut dengan kulit dan terdapat saluran penghawa dingin di bahagian belakang serta port pengecasan USB.
Secara keseluruhannya, senarai kit yang ada dalam kabin Omoda 5 sudah cukup membuatkan pemandu dan penumpangnya berasa selesa selain kabinnya agak luas dan praktikal.
Apa tidaknya, ia menampilkan dimensi 4,400 mm panjang, 1,830 mm lebar, 1,585 mm tinggi serta jarak roda sejauh 2,630 mm.
Maka, tidak hairanlah mengapa ia cukup luas.
PEMANDUAN:
Bab ini adalah di mana kebanyakan pendahulunya gagal ketika menyaingi pesaingnya dari Jepun namun Omoda 5 membuktikan ketangkasan dan kelincahannya di atas jalan raya.
Berkongsi platform T1X yang sama dengan Tiggo 8 Pro yang lebih besar, Omoda 5 menjanjikan pemanduan dinamik yang menyaingi generasi seangkatannya.
Ia berupaya menyaingi pesaingnya kerana Omoda 5 disumbat dengan enjin 1.5 liter dengan pengecas turbo dimana empat silinder berkenaan mampu menghasilkan kuasa 156 hp dan tork maksima 230 Nm.
Ia juga dipadankan dengan kotak gear 9-kelajuan dimana kuasanya dihantar ke roda hadapan. Ini membuatkan pemanduan Omoda 5 cukup lancar.
Dari sudut keselesaan pemanduan, ia bukanlah ciri terkuat buat Omoda 5 kerana pemanduannya agak sedikit beralun ketika berada pada kelajuan tinggi.
Sebaliknya, ketika menelusuri beberapa selekoh pada kelajuan tinggi, Omoda 5 dilihat cukup stabil walaupun ketika mengelak halangan.
Mengenai penjimatan bahan api, enjinya secara amnya tidak terkenal dengan kecekapan bahan api yang sangat baik.
Bagaimanapun, Chery mendakwa kadar penjimatan bahan api untuk Omoda 5 ialah 6.9 liter bagi setiap 100 kilometer.
Ia yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang cukup cerewet mungkin akan merosakkan pengalaman pemanduan anda.
Ini kerana ciri seperti bantuan kekal lorong dan sistem kekal lorong kecemasan agak agresif kerana ia akan menyeret anda kembali ke tengah secara tiba-tiba walaupun anda cuba terkeluar sedikit daripada laluan.
Bagi mereka yang tidak biasa dengan fungsi ADAS ini, ia boleh menjadi pengalaman yang agak mengerikan!
Namun jangan risau, anda sebenarnya boleh menutup sistem ini jika anda mahu!
KESELAMATAN:
Walaupun kami telah mengetengahkan beberapa kelemahan ciri keselamatan Omoda 5, namun masih wajar untuk mengatakan bahawa B-SUV ini adalah salah satu kenderaan yang paling lengkap dalam segmennya sendiri .
Bagi varian H, Omoda 5 diengkapi dengan sistem ADAS yang merangkumi Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Ikut Kelajuan Rendah, Pengesan Titik Buta, Amaran Pelanggaran Depan (FCW) , Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Bantuan Trafik Sesak (TJA) dan banyak lagi.
Malah, terdapat juga ciri keselamatan aktifnya seperti enam beg udara, ABS dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan (ESP) dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).
Dengan adanya kesemua ciri ini, Omoda 5 layak menerima penarafan Euro-NCAP 5 bintang.
KOS:
Di sinilah kebanyakan pengeluar kereta China mendapat reputasi buruk dan stigma negatif kerana ramai berpendapat kos pembaikan kereta agak mahal namun Chery Malaysia mahu mengubah persepsi ini
Untuk itu, Chery Malaysia menawarkan waranti selama tujuh tahun atau 150,000 km yang mana sampai dulu, serta ditawarkan dengan servis percuma selama lima tahun (secara berselang-seli, hanya untuk kos buruh).
Masih tidak cukup?
Chery Malaysia ada juga memberikan waranti tambahan untuk enjin selama 10 tahun atau 1 juta km yang mana sampai dulu.
Namun pelanggan yang mahukan waranti enjin 10 tahun/1 juta km berkenaan boleh membelinya dengan bayaran tambahan RM2,000.
Secara ringaksnya, , Chery Omoda 5 menjanjikan kenderaan yang boleh dipercayai, berdasarkan jaminan dalam tempoh yang agak panjang.
Bagi kos operasi, ia sepatutnya setanding dengan pesaing segmen pengecas turbo yang serupa.
Dari nilai estetik, Omoda 5 adalah salah satu model yang menawarkan rekaan yang cukup berani dan menarik.
Dengan adanya pakej waranti, ia cukup berbaloi apatah lagi Chery Malaysia berhasrat untuk membuka 30 pengedar dan pusat servis baharu di seluruh negara.
Bagi yang berminat, Omoda 5 ini hadir hanya dalam dua varian dimana varian Omoda 5 C dijual pada harga bermula RM108,800 manakala varian Omoda 5 H pula berharga RM118,800.
Jangan lupa kongsikan pengalaman anda jika sudah pandu uji Omoda 5!
SPESIFIKASI
CHERY OMODA 5 H
ENJIN |
1.5-litre
turbocharged DOHC 4-cyl, petrol |
TRANSMISI |
9-Speed CVT
Automatic, Front-Wheel Drive (FWD) |
KUASA |
156 HP @ 5,500
RPM |
TORK |
230 NM @ 1,750
RPM |
0-100 KM/J |
N/A |
V-MAKS |
N/A5 |
EKONOMI |
6.9 liter/100 KM |
BERAT |
1,420 KG (kerb) |
HARGA |
RM118,800 |
Gallery


































Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC3790
SELANGOR
BSE5071
JOHOR
JXW6496
PULAU PINANG
PRQ4166
PERAK
ANV4307
PAHANG
CFB6897
KEDAH
KGA4565
NEGERI SEMBILAN
NEF7464
KOTA KINABALU
SJK7826
KUCHING
QAB3216L
Terakhir Kemas Kini 07 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025
iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.
30-04-2025
SAH: Omoda C3 Didedah, Sah Masuk Malaysia
Chery buat julung kalinya, menayangkan SUV kompak terbaharunya, Omoda C3 di Wuhu, wilayah Anhui, China, baru-baru ini.
28-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?
Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8
Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Tunjuk Trak Pikap Terbaharunya, Himla
Chery mendedahkan sebuah model trak pikap terbaharunya, Chery Himla, sempena Auto Shanghai 2025 di Shanghai, China, semalam.
24-04-2025
Auto Shanghai 2025: Semakin Ramai Percaya Jenama Chery: Chery Letak Sasaran Jualan Global 1 Juta Unit
Syarikat pengeluar automotif China, Chery Holding Group, meletakkan sasaran jualan global sebanyak 1.15 juta unit.
24-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Bakal Dedah Masa Depan Mobiliti Pintar
Chery bakal endedahkan barisan model dan trenkuasa hibrid serba baharu serta mobiliti pintar dalam pameran yang dikenali Chery Lifeto sempena Auto Show Shanghai 2025.
22-04-2025
Chery Perkenal Jenama Baharu, Lepas: Ini Model Pertama Lepas, Lepas L8!
SUV ini dikatakan banyak berkongsi rekaan dan dimensi dengan Tiggo 8 Plus.
22-04-2025
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat