EV Perodua: Harga Tak Kurang RM50K, Tidak Lebih RM100K

Perodua mempamerkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang dikenali sebagai Myvi Conversion pada Malaysia Autoshow 2024 di Maeps, Serdang, tadi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengakui pengeluaran model EV dijangka akan bermula secara besar-besaran selewat-lewatnya hujung tahun depan.
-full.webp)
“Harganya tidak akan melebihi RM100,000 dan tidak kurang daripada RM50,000.
“Bagaimanapun, tahap pembangunan EV itu masih dalam episod pertama, umpama episod dalam drama,” selorohnya.
Beliau berkata demikian kepada CariCarz.com ketika ditanya mengenai harga prototaip EV itu.
Mengulas lanjut mengenai pembangunan prototaip berkenaan, beliau menyifatkan terdapat tiga episod dalam menghasilkan EV pertama mereka.

“Ini baru episod pertama dan secara maksimumnya terdapat tiga episod. Sebaliknya, Perodua tidak mahu tergesa-gesa melancarkan EV ini kerana mahu lebih memfokuskan kepada infrastruktur dan alam sekitar.
“Ini kerana sasaran EV ini bukannya untuknya golongan T20 sebaliknya untuk B40. Jadi, kami lebih menumpukan perhatian kepada penggunaan baterinya.
“Kita tidak mahu selepas tujuh tahun, bateri sudah tidak boleh digunakan, Jadi siapa nak bertanggungjawab?
“Jadi, kami mahu mencari alternatif yang membolehkan bateri itu boleh dikitar semula dan diganti semula, tidak perlu tunggu lama sebaliknya dalam 30 minit baterinya sudah boleh diganti semula di pusat pengedar Perodua,” ujarnya.
Bagaimanapun, semua alternatif masih dalam cadangan.
Untuk makluman, prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.
“Proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia. Kerjasama ini bertujuan untuk memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan,” ujarnya
Kerjasama berkenaan, yang bermula sejak September 2022, menyaksikan Perodua dan ketiga-tiga universiti terbabit bekerjasama untuk membangunkan rangkaian penggerak kuasa EV dari peringkat asas. Kerjasama berkenaan membuka peluang kepada semua pihak untuk meningkatkan kepakaran dan kemampuan masing-masing dalam bidang EV.
“Ini adalah permulaan bagi kami dan kami mahu menjadikan permulaan ini dekat dengan hati rakyat Malaysia,” ujarnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat