ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EV6 Nampak Sama Macam EV9 Tapi Ada Bezanya

Suhana Veru

Kongsi melalui
image.png

Selepas beberapa imej teaser didedahkan pada awal bulan ini, akhirnya Kia EV6 Facelift membuat penampilan globalnya, baru-baru ini.

Bagi versi facelift ini, ia menerima kemasan dan penggayaan seperti mana yang ada pada EV9.

Jika anda melihat bahagian hadapannya, ia menampilkan rekaan yang cukup tajam seperti EV9.

image.pngimage.png

Dengan menggantikan lampu depan jenis konvensional, ia kini didatangkan dengan lampu nyalaan siang hari jenis LED namun lampunya juga agak nipis dan agak tersembunyi.

Namun, dengan rekaan lampu itu, ia sebenarnya membuatkan ia kelihatan lebih agresif.

Antara perubahan lain yang dilakukan pada EV6 ialah bampar dan grilnya telah direka semula.

image.png

Meskipun, ada beberapa bahagian yang membuatkan ia kelihatan sama dengan pendahulunya namun EV6 facelift kini didatangkan dengan rim roda antara 19 dan 20 inci.

Menjengah kabinnya, ia dilengkapi dengan instrumen digital dan paparan infotainmen yang kini menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Apa yang penting, sistem infotainmen itu turut disertakan dengan perisian over-the-air (OTA), selain terdpaat sistem kawalan elektronik utama kereta serta sistem navigasi dengan penyepaduan realiti tambahan (AR).

Perubahan baharu lain termasuk stereng dua jejari yang direka semula, sensor cap jari baharu yang membolehkan pemandu menghidupkan kenderaan tanpa kunci, cermin pandang belakang jenis digital dan ada juga paparan kepala (HUD) yang baharu.

image.png

Setakat ini, perubahan paling penting yang berlaku dalam EV6 facelift adalah pada sistem baterinya kerana ia kini didatangkan dengan pek bateri berkapasiti besar iaitu 84-kWj.

Untuk itu, ia boleh bergerak sejauh 494 kilometer dengan hanya sekali cas.

Apa yang perlu ditekankan di sini ialah EV6 boleh   dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam 18 minit sahaja, dengan kapasiti 350kW.

Selain bateri baharu, jurutera Kia juga telah mengubah suai sistem suspensi EV6 facelift untuk meningkatkan keselesaan pemanduan.

image.png

Sementara itu,casis E-GMP juga  diperkukuh untuk meningkatkan lagi aspek keselamatan.

Dari segi trenkuasa, ia masih tidak model kerana varian RWD mampu  menghasilkan  kuasa setakat 225 HP (168 kW) dan 350 NM. 

Varian AWD dwi-motor dengan spesifikasi tinggi pula menawarkan jumlah output sistem yang lebih tinggi iaitu 320 HP (239 kW) dan 605 NM.

image.png

Ia akan mula dijual di Korea Selatan pada Jun ini.

Kia EV6 facelift serba baharu berharga KRW 55.4 juta (RM191,307) untuk model RWD manakala model GT-Line AWD pula ditawarkan pada harga  RM218,070.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4918

SELANGOR

BSU8716

JOHOR

JH436J

PULAU PINANG

PSH2593

PERAK

APM7597

PAHANG

CFJ3540

KEDAH

KGJ7326

NEGERI SEMBILAN

NEM5230

KOTA KINABALU

SJV573

KUCHING

QAB9540P

Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kia EV6 Di Pameran Auto WapCar 2022 Di Pavilion Bukit Jalil

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan WapCar Auto Show 2022.

01-07-2022
Global

Kia Menang Anugerah Car Of The Year!

Kia EV6 berjaya merangkul anugerah Car of The Year Eropah.

15-04-2022
EV

27-06-2023
EV

Harga Kia EV6 Sudah Didedahkan di AS!

Syarikat Kia di Amerika Syarikat akhirnya mengumumkan harga kenderaan elektrik sepenuhnya, EV6.

26-04-2022
Kereta Baru

02-01-2026
Berita Auto

11-12-2025
Pandu Uji

14-01-2025
Kereta Baru

11-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50

Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.

05-11-2026
Berita Auto

Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER

Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.

05-11-2026
Berita Auto

Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k

Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.

04-11-2026
Berita Auto

Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup

Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).

04-11-2026
Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.