ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Geely Galaxy E5: Mungkinkah Model Ini Asas EV Pertama Proton?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Geely-Galaxy-E5.jpg


Galaxy E5


Geely telah mengeluarkan imej rasmi SUV elektrik pertama dalam rangkaian Galaxy iaitu Galaxy E5 yang dijangka akan dipasarkan pada harga antara RMB150,000 hingga 200,000 yuan (~RM99,000 hingga ~RM131,000). Model ini akan dilancarkan pada suku kedua, Lapor CarNewsChina.


Galaxy E5 dibangunkan berdasarkan platform Geely Electric Architecture (GEA) yang juga kesinambungan kepada Sustainable Experience Architecture (SEA), asas binaan sama digunakan pada smart #1 dan Lotus Eletre. Menurut Geely, platform GEA ialah "platform binaan dengan ciri pintar AI empat-dalam-satu" yang pertama di dunia yang menggabungkan perkakasan (hardware), sistem, ekologikal dan teknologi AI. 



Geely-Galaxy-E5.jpg


Secara fizikalnya, Galaxy E5 mempunyai ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan dengan jarak roda 2,750 mm.


1-12.jpg


Antara ciri rekaan pada model ini ialah kehadiran bumbung suria panoramik, pemegang pintu yang terbenam dan rim lima jejari berukuran 18/19 inci.  Sudut hadapan model ini kelihatan sama seperti Galaxy E8 kerana terdapat komponen ambilan udara berbentuk C di bahagian bawah depan, bentuk lampu depan yang ‘tajam,’ dan gril yang ‘tertutup.’


Untitled-design-(3).jpg


Bergerak ke bahagian belakang, kelebaran Galaxy E5 jelas terlihat melalui penggunaan lampu belakang  dengan rekaan melintang penuh. Kita juga dapat melihat sentuhan rekaan seperti Porsche Cayenne daripada sudut tertentu.


Butiran terperinci mengenai trenkuasa model ini masih belum didedahkan, tetapi Geely memaklumkan bahawa E5 akan menggunakan sistem pacuan elektrik pintar 11-dalam-1. Versi yang didaftarkan dengan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China untuk kelulusan menggunakan bateri LFP bagi menyalurkan tenaga kepada satu motor elektrik dengan kuasa 160 kW (215 hp) yang membolehkannya mencapai kelajuan tertinggi 175 km/j. Bagaimanapun, dapat dijangkakan bahawa lebih banyak varian dengan sistem motor dan kapasiti bateri berbeza akan ditawarkan sebaik dilancarkan kelak. 


image-59.png

2-11.jpg3-11.jpg


Ruang kokpit Galaxy E5 diberikan sentuhan moden dengan stereng  yang direka rata di bahagian bawah, papar pandu (HUD), kluster instrumen digital sepenuhnya dan juga sistem infotainmen besar yang menggunakan perisian daripada Flyme Auto dan juga pemproses Dragon Eagle-1 7nm. Sistem kenderaan menerima kemas kini dalam talian (OTA). 


4-9.jpg


Ciri lain ialah pad pengecas tanpa wayar, tempat duduk hadapan dengan sistem pemanas dan pengudaraan serta pengurut lapan titik, dan sistem audio 16 speaker. 


GALAXY E5 JADI ASAS BAGI MODEL EV PERTAMA PROTON?


Dengan pelancaran Galaxy E5 yang akan diadakan tidak lama lagi, kita boleh menganggarkan model inilah yang akan menjadi asas kepada EV pertama yang akan dikeluarkan Proton (dijadualkan pada tahun 2025) kelak. Salah satu petandanya ialah pembukaan pusat R&D  Proton di ibu pejabat Geely baru-baru ini. 


image-60.png


Selain  itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Roslan Abdullah, dilaporkan berkata, EV baharu itu nanti bukan sebuah model rebadge, tetapi model baharu sepenuhnya yang dibangunkan dengan kerjasama Geely. Beliau juga menyatakan bahawa EV itu telah melepasi fasa rekaan dan prototaip, dan kini berada di peringkat ujian pembangunan.


Kenyataan ini secara tidak langsung membuatkan kami percaya bahawa EV yang akan ditawarkan oleh Proton itu nanti, berkemungkinan besar diinspirasikan daripada  Galaxy E5 dengan beberapa sentuhan baharu, bukan hanya penjenamaan semula seperti model ICE lain dalam barisan model X dan S. 


Baca: Kualiti Kereta Proton Akan Bertambah Baik, Ini Yang Akan Dilakukan...


5-6.jpg


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY1353

SELANGOR

BSU9718

JOHOR

JH2803J

PULAU PINANG

PSH3496

PERAK

APM8570

PAHANG

CFJ3853

KEDAH

KGJ7793

NEGERI SEMBILAN

NEM5634

KOTA KINABALU

SJV1421

KUCHING

QAB9804P

Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-04-2025
Berita Auto

13-06-2024
EV

31-05-2024
EV

21-05-2024
Global
EV

28-03-2024

Berita Terkini

Global

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.