Geely Tayang Banyak Teknologi, Adakah Kereta Proton Akan Lebih Canggih?

Nampaknya, masa depan Proton dilihat semakin cerah memandangkan pengeluar kereta itu bakal menawarkan model-model yang dilengkapi dengan teknologi canggih.
Andaian ini dilihat agak berasas memandangkan rakan kongsinya, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) mempamerkan pelbagai jenis teknologi pada Pameran Automobil Beijing 2024 baru-baru ini.
Antaranya ialah konsep SUV perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.

Dengan langkah global ke arah kenderaan tenaga baharu, Geely juga mempamerkan rangkaian kuasa elektrik dan hibrid, serta pengenalan seni bina termaju seperti Seni Bina Pengalaman Lestari (SEA) dan Seni Bina Modular Kompak (CMA) untuk model masa hadapan.
Difahamkan, Galaxy Starship adalah berasaskan Seni Bina Elektrik Geely dan menyepadukan pelbagai teknologi rangkaian kuasa serta memperkayakan pengalaman pengguna dengan kecerdasan buatan.
.Ia disokong oleh FlymeAuto daripadaMeizu.

Di sebalik pameran itu, PROTON berkemungkinan besar sudah mempunyai strategi untuk menggabungkan ciri-ciri canggih dan meningkatkan prestasi modelnya pada masa akan datang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, walaupun tiada model dipamerkan antara kerjasama Geely dengan PROTON, namun ia merupakan peluang penting untuk mempamerkan model dan teknologi yang mungkin disesuaikan pada masa hadapan.

"Rakyat Malaysia dijangkakan boleh mengalami lebih banyak platform global Geely dan seni bina tenaga baharu yang pintar digabungkan ke dalam model PROTON di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, beberapa media Malaysia terpilih dibawa ke acara itu, dimana ia menandakan peluang besar bagi PROTON untuk memanfaatkan teknologi futuristik Geely yang menawarkan pandangan tentang teknologi masa depan yang mungkin diadaptasi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge