JPJ: Tak Pernah Beri KEBENARAN Kepada BJAK Untuk Perbaharui Cukai Jalan!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberikan kelulusan kepada pihak BJAK untuk menjalankan perkhidmatan untuk memperbaharui cukai jalan.
JPJ turut menyangkal dakwaan bahawa tindakan BJAK untuk memperbaharui cukai jalan adalah sah dan diluluskan pihaknya.
“Kenyataan yang dipaparkan oleh BJAK di laman sesawang mereka, Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh pihak adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.
“Pihak kami turut menerima beberapa aduan daripada orang awam bahawa pembaharuan cukai jalan telah dilakukan dalam laman web BJAK tetapi tempoh sah laku cukai jalan tidak dikemas kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, tiada sebarang integrasi sistem di antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK.
“Pihak JPJ turut menerima aduan ketidakpuasan hati orang ramai kerana perlu membayar caj tambahan ketika memperbaharui cukai jalan yang dikenakan oleh BJAK.
“Untuk itu, kami ingin menegaskan bahawa pihak MOT atau JPJ tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan yang pada masa ini dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka.
“Orang ramai digalakkan melakukan urusan memperbaharui cukai jalan melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ iaitu Pos Malaysia, MyEG serta PUSPAKOM sahaja,” tambah kenyataan itu.

"Pihak jabatan sekali lagi ingin menegaskan pengoperasian yang dilakukan oleh BJAK berkaitan urus niaga pembaharuan cukai jalan adalah tanpa
kebenaran pihak JPJ.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan yang tidak sah.

"Ini bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian, oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut," ujarnya.
Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi portal aduan rasmi JPJ di https://jpj.spab.gov.my/.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4596
SELANGOR
BSU3431
JOHOR
JF5040J
PULAU PINANG
PSG3080
PERAK
APM1461
PAHANG
CFH9806
KEDAH
KGJ4132
NEGERI SEMBILAN
NEM2419
KOTA KINABALU
SJU4962
KUCHING
QAB7404P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge