Kia EV9 Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia – 2 Varian, Dari RM369K
![]()
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia hari ini telah melancarkan Kia EV9 Serba Baharu untuk pasaran Malaysia yang kini boleh ditempah dengan harga bermula daripada RM369,668.00. Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu EV9 GT-Line 7 tempat duduk dan EV9 GT-Line 6 tempat duduk.
TRENKUASA KIA EV9 SERBA BAHARU
Kia EV9 merupakan SUV flagship tiga baris tempat duduk pertama dan model kedua Kia yang dibangunkan berdasarkan platform modular global elektrik (E-GMP) Kia. Model ini dikuasakan oleh pek bateri bervoltan tinggi 99.8 kWj yang menyalurkan kuasa kepada dua motor elektrik yang menggerakkan gandar depan dan belakang. Dengan cas penuh, EV9 AWD boleh mencapai jarak perjalanan elektrik sehingga 505 km dengan kuasa 380 hp dan tork 700 Nm.
Ia menggunakan sistem pengecasan unit kawalan pengecas terintegrasi (ICCU) yang membolehkan fungsi pengecasan vehicle-to-load (V2L) untuk pengecasan peralatan elektrik menggunakan bateri kenderaan sehingga 3.6 kWj.
REKA BENTUK KIA EV9 SERBA BAHARU



Kia EV9 berukuran 5,010 mm (panjang), 1,980 mm (lebar) dan 1,755 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 3,100 mm. Dari segi rekaan, Kia EV9 kelihatan futuristik dengan lampu yang menegak di bahagian hadapan dan aura agresif dengan rekaan “Digital Tiger Face” yang diserlahkan oleh gril cahaya bercorak digital (Digital Pattern Lighting Grille). Selain itu, lampu nyalaan siang (DRL) Star Map yang menghasilkan corak pencahayaan sofistikated menyerlahkan lagi model ini. Ciri lain di bahagian luar Kia EV9 ialah penggunaan rim bersaiz 21 inci.
KABIN KIA EV9 SERBA BAHARU



Dalam rekaan ruang kabin Kia EV9, perekanya memberikn tumpuan kepada ruang, keselesaan dan penggunaan teknologi yang terkini. Dengan jarak antara roda yang panjang, ruang kabinnya cukup luas untuk keselesaan penumpang. Antara kelengkapan yang disediakan ialah dua skrin sentuh berukuran 12.3 inci, yang mana sistem infotainmennya boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem hiburan ini dilengkapkan dengan sistem audio Meridian® 14 speaker. Kemudahan lain ialah pad pengecas tanpa wayar, port pengecas USB-C dan pencahayaan ambien.
CIRI KESELAMATAN KIA EV9 SERBA BAHARU
Kia EV9 dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan standard yang termasuk 10 beg udara SRS (pemandu depan & penumpang, lutut pemandu, sisi, tirai dan sisi tengah), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Bantuan Keluar dengan Selamat (SEA) yang memberikan amaran dan mengunci pintu jika kenderaan yang mendekati dari belakang dikesan dalam titik buta. Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Amaran Penumpang Belakang (ROA), cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak dan Bantuan Mula-Daki (HAC).
Ciri Keselamatan Canggih (ADAS) EV9 termasuk Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Bantuan Pengelak Pelanggaran Parkir PCA), Bantuan Pengelak Pelanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Lintasan Trafik Belakang (RCCA) dan banyak lagi.
HARGA JUALAN, PILIHAN WARNA & WARANTI KIA EV9 SERBA BAHARU

Kia EV9 Serba Baharu ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan. Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Ocean Blue, Snow White Pearl, Pebble Gray, Aurora Black Pearl dan Iceberg Green.
Kia EV9 kini boleh ditempah pada harga yang bermula daripada RM369,668.00 (atas jalan, tanpa insurans) dari mana-mana cawangan pengedaran Kia terdekat. Pembelian adalah termasuk jaminan pengeluar selama 5 tahun atau 150,000 km (mana yang terlebih dahulu) dan juga jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km (mana yang terlebih dahulu).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW6527
SELANGOR
BSP7064
JOHOR
JYW1172
PULAU PINANG
PSB9648
PERAK
APH2427
PAHANG
CFG4183
KEDAH
KGF6935
NEGERI SEMBILAN
NEK3231
KOTA KINABALU
SJR7365
KUCHING
QAB7153N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat