ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lexus LM 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian Hibrid, Dari RM1.2 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

LMC0003.jpg


Lexus Malaysia (UMWT) telah mengumumkan kedatangan barisan MPV mewah, Lexus LM generasi kedua. Dua varian hibrid telah diumumkan iaitu LM350h dan LM500h.


REKAAN LEXUS LM 2024


Bagi mereka yang merasakan bahawa Toyota Alphard dan Vellfire generasi terkini tidak cukup mewah, dengan ini Lexus Malaysia telah menawarkan model lebih tinggi, lebih mewah dan eksklusif untuk Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri. 


LMC0002.jpgLMC0001(H)edit-copy.jpg


MPV versi ultra mewah ini diposisikan lebih tinggi berbanding Alphard dan Vellfire generasi terkini. 

LM500h_Still_15_JPG.jpgLM500h_Still_14_JPG.jpg


Casis Lexus LM diberikan peredam atau damper adaptif. Ciri menarik lain ialah rim berukuran 19 inci. 


Varian pertama,  LM350h memiliki konfigurasi tempat duduk 4 orang, manakala LM500h pula boleh memuatkan 7 orang. Keduanya dipadatkan ciri mewah dan teknologi terkini, di samping estetika rekaan yang elegan. 


Dari luar, LM kelihatan lebih menyerlah dan berbeza daripada ‘saudaranya’ Toyota kerana diberikan ciri rekaan khas seperti gril ‘spindle’ Lexus yang diapit oleh lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan singan yang berbentuk L di sekelilingnya. Di sudut bawah, LM diberikan rim besar berukuran 19 inci. Di bahagian belakang, kelebaran jentera terserlah dengan lampu belakang yang melintang berkelebaran penuh. 


CIRI TRENKUASA & MEKANIKAL LEXUS LM 2024


042197311-(1).jpg042197311-(2).jpgDSC07958.jpg


Kedua-dua varian menggunakan trenkuasa hibrid petrol-elektrik. 


Dari segi trenkuasa,  LM350h menggunakan enjin petrol 2.5 liter Dynamic Force 4 silinder kitaran Atkinson yang dipertingkatkan dengan sepasang motor elektrik, menggantikan pengecas turbo. Enjin pembakarannya memberikan kereta kuasa 190 ps dan 239 Nm, manakala bahagian elektrik pula 182 ps dan 270 Nm. 


Gabungan kedua-duanya memberikan output 250 ps yang dikelola oleh sistem transmisi automatik eCVT bagi menggerakkan roda hadapan. 


LM500h pula menggunakan enjin petrol turbo 2.4 liter yang lebih bertenaga, yang dipertingkatkan oleh satu motor elektrik di belakang. Gabungan kuasa untuk varian ini adalah 371 ps dan 550 Nm yang memacu keempat-empat roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 6 kelajuan.


Dengan enjin lebih berkuasa, LM500h boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 185 km/j. Yang penting, dengan adanya sistem elektrik, dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar kepada purata 6.6 liter/100 km.


Kedua-dua varian ini dibangunkan berdasarkan platform TNGA-K yang sama dengan Alphard dan Vellfire, tetapi Lexus diberikan ciri tambahan iaitu peredam (damper) fleksibel yang memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik.


KABIN LEXUS LM 2024


DSC07944.jpgDSC07974.jpgDSC07978.jpgDSC07960.jpg



Perbezaan utama antara kedua-dua varian terletak pada susunan tempat duduk dan pelbagai peralatan dan kemudahan yang disediakan dalam setiap model. 


Model asas LM350h menampilkan tempat duduk tiga baris untuk 7 orang dalam konfigurasi 2-2-3. Antara ciri menarik di bahagian kabinnya ialah monitor yang dipasang pada bahagian bumbung berukuran 14 inci, kawalan pendingin hawa empat zon, sistem audio Mark Levinson 21 speaker, pad cas tanpa wayar di belakang, kamera 360 darjah dengan fungsi "see-through", dua panel bumbung kaca, meja lipat magnesium dan tirai suria automatik. 


Ciri lain ialah interface Tazuna untuk skrin, ciri ini pertama kali digunakan pada crossovcer NX generasi kedua. Skrin paparan ini terdiri daripada instrumen digital berukruan 12.3 inci dengan skrin sentuh di bahagian tengah berukuran 14 inci. 


LM500h_Still_02_JPG.jpg


Varian teratas, LM500h menampilkan 4 tempat duduk dalam konfigurasi 2-2. Varian ini dilengkapi dengan sistem audio Mark Levinson 23 speaker, tempat duduk barisan kedua direka khas berkonsep ‘business-class’ dengan fungsi pemanasan, pengudaraan dan urutan.


Dalam ruang yang sama, terdapat skrin hiburan 48-inci dengan dua input HDMI dan fungsi pembahagi skrin. Turut disediakan kemudahan seperti peti sejuk, pemegang payung dan ruang simpanan yang besar di setiap sisi, serta skrin kaca elektrokromatik dengan bingkai magnesium.


SISTEM KESELAMATAN LEXUS LM 2024


LM500h_Still_19_JPG.jpgLM500h_Still_17_JPG.jpg


Kedua-dua varian dilengkapi dengan pakej keselamatan ADAS penuh Lexus Safety System+ (LSS+) yang  termasuk Kawalan Pelayaran Adaptif dengan fungsi Henti-Mula, Bantuan Kekal Lorong, Pemantauan Titik Buta, Bantuan Parkir dan banyak lagi.


HARGA JUALAN LEXUS LM 2024


Dengan pelbagai ciri mewah ditawarkan, Lexus LM ditawarkan di pasaran pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding dengan Alphard dan Vellfire pada harga bermula dari RM1,228,000 untuk LM350h dan dari RM1,468,000 untuk varian teratas LM500h. 


LM500h_Still_28_JPG.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL6097

SELANGOR

BSS9221

JOHOR

JC6216J

PULAU PINANG

PSE8104

PERAK

APK7510

PAHANG

CFH4829

KEDAH

KGH6147

NEGERI SEMBILAN

NEL4834

KOTA KINABALU

SJT5920

KUCHING

QAB4199P

Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

27-05-2024
Global

19-04-2023
Kereta Baru

27-05-2024
Global

19-04-2023
Kereta Baru

27-05-2024
Kereta Baru

27-05-2024
Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.