ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2024: Peugeot Landtrek SE Kini Rasmi Di Malaysia, Dari RM129K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

(L-R)-Jamie-Francis-Morais,-Managing-Director,-Stellantis-Malaysia-and-Daniel-Gonzalez,-Chief-Operating-Officer,-ASEAN-and-General-Distributors,-Stellantis-at-the-Malaysia-Autoshow-2024.jpg


Peugeot Landtrek SE di Malaysia Autoshow 2024.


Seperti yang diumumkan sebelum ini, Stellantis Malaysia mendirikan tapak pamerannya di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang kini berlangsung sehingga 26 Mei. Selain mempertontonkan model-model yang berpotensi daripada jenama di bawahnya iaitu Citroën dan Leapmotor, firma itu juga turut melancarkan model baharu bagi jenama Peugeot iaitu Peugeot Landtrek SE. 


Diperkenalkan semasa Hari Media yang diadakan awal minggu ini, Peugeot Landtrek SE kini berdiri sebagai varian lebih tinggi, berbanding varian Landtrek Allure yang sedia ada. Kedua-dua varian ini kini ditawarkan di pasaran Malaysia sebagai model pemasangan tempatan (CKD) oleh Stellantis Malaysia. 


Baca: [PANDU UJI] Peugeot Landtrek 1.9D Allure: Bagi Yang Inginkan Trak Bergaya & Berciri Premium


Landtrek SE hadir dengan pelbagai aksesori dan ciri tambahan, termasuk sistem suspensi yang diberikan talaan semula yang menjanjikan kualiti pengendalian yang lebih baik dan lebih sporty.


PEUGEOT-introduced-the-improved,-locally-assembled-PEUGEOT-LANDTREK-Special-Edition-(SE)-at-the-Malaysia-Autoshow-2024.jpg


Antara ciri menyerlah Landtrek SE adalah termasuk peredam (damper) but belakang baharu, dekal atau pelekat yang menarik di sekeliling bahagian luar flatbed dan lingkungan roda berwarna hitam. Ciri menarik lain ialah penggunaan warna hitam yang bergaya pada bezel Peugeot, visor pintu, serta pemijak kaki di bahagian tepi. 


Di samping itu, Landtrek SE dipasangkan dengan set kamera Tyre Precision yang bertujuan untuk memudahkan pengendalian pada kelajuan rendah. 


CariCarz_First-Drive_Peugeot-Landtrek-1.9D-Allure_-59.jpgCariCarz_First-Drive_Peugeot-Landtrek-1.9D-Allure_-58.jpgCariCarz_First-Drive_Peugeot-Landtrek-1.9D-Allure_-18.jpgCariCarz_First-Drive_Peugeot-Landtrek-1.9D-Allure_-40.jpgCariCarz_First-Drive_Peugeot-Landtrek-1.9D-Allure_-36.jpgCariCarz_First-Drive_Peugeot-Landtrek-1.9D-Allure_-44.jpg


Foto di atas menjukkan varian Peugeot Landtrek Allure versi import sepenuhnya (CBU) yang pernah kami pandu uji. Kini dalam versi CKD, model ini ditawarkan pada harga RM124,124.


Selain daripada itu, tidak banyak perubahan lain berbanding varian Landtrek Allure. Ini termasuklah penggunaan enjin sama, turbodiesel 4-silinder 1.9 liter dengan kuasa 150 hp dan 350 Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem transmisi automatik 6-kelajuan dan sistem pacuan 4x4.


Berkaitan ciri keselamatan, Landtrek SE didatangkan standard dengan ciri seperti enam beg udara, poin ISOFIX, kawalan kestabilan dinamik (DSC), sistem anti-gelincir ASR, agihan daya brek elektronik (EBD), program kestabilan elektronik (ESP), kawalan ayunan treler, bantuan mula daki, kawalan turun bukit, sistem amaran keluar lorong dan kamera 360 darjah. 


Peugeot Landtrek SE ditawarkan dalam dua pilihan warna eksklusif iaitu Rockstone Grey dan Ceramic White. Tidak termasuk kos insurans, varian baharu Peugeot Landtrek SE kini dijual melalui pengedar sah  pada harga RM129,124, sementara varian lebih rendah, Landtrek Allure kini dipasarkan pada harga RM124,124. Pembelian adalah termasuk jaminan selama 3 tahun atau 100,000 km. 


Anda boleh mencuba sendiri pengalaman menaiki kenderaan ini dengan mengujungi tapak pameran Stellantis Malaysia di Dewan A1 MAS 2024 dan mendaftar untuk sesi pandu uji. 

CariCarz_First-Drive_Peugeot-Landtrek-1.9D-Allure_-21.jpg

Peugeot Landtrek Allure

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY9656

SELANGOR

BSV2157

JOHOR

JH6013J

PULAU PINANG

PSH4770

PERAK

APN1380

PAHANG

CFJ4391

KEDAH

KGJ8721

NEGERI SEMBILAN

NEM6304

KOTA KINABALU

SJV2469

KUCHING

QAB468Q

Terakhir Kemas Kini 19 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

05-06-2026
Kereta Baru

10-12-2025
Kereta Baru

21-11-2025
Berita Auto

07-11-2025
EV

28-10-2025
Berita Auto

27-08-2025
Berita Auto

27-08-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga Toyota Yaris 2027?

Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.

16-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Proton S70 RS Sport?

Proton Masih Belum Dedahkan Harga Proton S70 RS Sport.

16-11-2026
Kereta Baru

Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.

11-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.