MBM Perkenal Pusat Servis & Jualan Berkonsep Mewah, Kini Ada Spa Kuku
-full.jpg)
Pengunjung Autohaus Hap Seng Star (HSS) Bukit Tinggi disajikan dengan pengalaman jualan dan servis mewah.
Selain pelancaran sedan dan SUV baharu untuk model elektriknya, EQE 350+, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut memperkenalkan pusat servis dan jualan berkonsep premium, Mercedes-Benz Star Elegance baharu di Autohaus Hap Seng Star (HSS) Bukit Tinggi.
Jauh berbeza daripada konsep pusat 3S dan 4S biasa, di bawah jenama Star Elegance, MBM menyasarkan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan gaya hidup di cawangan Autohaus mereka dengan ruang servis dan bilik pameran yang lebih luas dan selesa. Di peringkat awal ini, MBM memilih untuk memberi tumpuan kepada wanita dengan membuka spa kuku mewah pertama yang akan diikuti oleh pelbagai perkhidmatan dan kemudahan lain pada masa akan datang sebaik berjaya menjalankan kerjasama dengan beberapa jenama yang lain.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Di bawah jenama Star Elegance, MBM menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan premium, bermula dengan ruang spa kuku, sebelum diikuti dengan lebih banyak kemudahan lain pada masa akan datang.
Rekaan dan pembangunan pusat dengan konsep runcit terbaru ini dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima daripada kaji selidik yang melibatkan hampir 400 pelanggan aktif. Hasil tinjauan mendapati bahawa 94% daripada pelanggan tertarik dengan konsep runcit premium yang diketengahkan, manakala 91% pula menunjukkan kecenderungan untuk mengunjungi pusat tersebut untuk servis akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM, Amanda Zhang berkata, “Sebagai pemimpin dalam industri kereta mewah, Mercedes-Benz secara konsisten meningkatkan pengalaman mewahnya untuk pelanggan. Hari ini, Mercedes-Benz Malaysia merintis industri sebagai yang pertama menyepadukan pendekatan yang mementingkan kesihatan ke dalam persekitaran runcit kami.
-full.jpg)
Selain ruang yang selesa dan mewah, Star Elegance turut menawarkan pelanggan dengan pelbagai lagi kelebihan lain.
“Konsep Star Elegance menggabungkan pengalaman runcit yang inovatif dengan lancar menggunakan elemen gaya hidup yang disusun rapi, mewujudkan pengalaman mewah yang holistik dan belum pernah dirasai oleh pelanggan kami sebelum ini,” katanya.
MBM menambah bahawa konsep Star Elegance akan diperluaskan ke cawangan Autohaus lain dalam beberapa fasa. Usaha ini turut membabitkan kerjasama dengan rakan kongsi dan jenama baharu agar dapat meningkatkan lagi pengalaman mewah para pelanggan pada masa akan datang.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai kemudahan lain yang termasuk pengecasan EV, serta Mercedes me App Digital Extras yang meningkatkan keseluruhan pengalaman pemilikan kenderaan. Pemegang kad Mercedes-Benz juga layak untuk menerima manfaat seperti 10x TreatPoints di HSS Bukit Tinggi dan diskaun 10% untuk alat ganti, produk dan aksesori.
Baca: Varian SUV Mercedes-Benz EQE 350+ Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM399,888
Baca: Varian Baharu Mercedes-Benz EQE 350+ 2024 Dilancarkan – Dari RM379,888
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY352
SELANGOR
BSU9632
JOHOR
JH2571J
PULAU PINANG
PSH3441
PERAK
APM8489
PAHANG
CFJ3812
KEDAH
KGJ7704
NEGERI SEMBILAN
NEM5592
KOTA KINABALU
SJV1353
KUCHING
QAB9780P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge