ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MINI Cooper S 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Capai 201 HP, Dari RM280K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_5150.JPG


Tirai pameran Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) dibuka dengan pelancaran MINI Cooper generasi keempat terbaru. Model tiga pintu MINI kali ini ditawarkan dalam versi petrol Cooper S.


CIRI TRENKUASA & MEKANIKAL MINI COOPER S 2024


Caricarz-MBA-MINIMalaysia-MAS2024-1.jpg


Di bawah bonetnya, Cooper S baharu menyembunyikan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter yang menghamburkan kuasa sebanyak 201 hp dan 300 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik Steptronic DCT 7-kelajuan, membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 242 km/j.


Menggunakan senibina UKL1 daripada BMW yang sama seperti model versi elektrik sepenuhnya, MINI Cooper S baharu menjanjikan dinamik pemanduan go-kart yang sama seperti model sebelum ini. Ini dicapai melalui penalaan suspensi dan sistem peredam yang lebih sporty, disokong oleh sistem stereng elektrik Servotronic yang membolehkan pemilihan pelbagai mod pemanduan ‘MINI Experience.’


REKA BENTUK MINI COOPER S 2024


Seperti yang dilaporkan dalam laporan pelancaran global kami sebelum ini, MINI Cooper generasi keempat yang ini mengekalkan gaya badan hatch tiga pintu ikoniknya, dan dalam masa yang sama, diberikan pelbagai sentuhan rekaan moden baharu. Antara yang menarik adalah termasuk bonet dalam rekaan clamshell, gril hadapan berbentuk oktagon yang klasik diapit oleh lampu hadapan LED berbentuk bulat dan lampu belakang LED segitiga baru. Lampu hadapan dan belakang model ini hadir dengan tiga pilihan pencahayaan eksklusif. 


Caricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-5.jpgCaricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-10.jpgCaricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-9.jpgCaricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-7.jpgCaricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-8.jpgCaricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-11.jpg


Khas untuk varian Cooper S adalah lambang Cooper S yang baharu di beberapa bahagian pada badannya, perumah cermin sisi dan bumbung dalam warna putih yang kontra dengan badan, serta rim aloi ringan jejari ‘Slide’ 18-inci dalam dua tona. 


KABIN MINI COOPER S 2024


Caricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-15.jpgCaricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-17.jpg


Bergerak masuk ke bahagian dalam Cooper S, antara kelengkapan penting ialah stereng tiga jejari yang baharu, skrin infotainment OLED bulat 9.44 inci yang dikuasakan oleh MINI OS9 terkini, toggle bar dan papan pemuka (dashboard) balutan tekstil dua warna eksklusif MINI, papar pandu (HUD) MINI , serta sistem audio keliling Harman Kardon. 


Caricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-16.jpgCaricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-20.jpg


Pakej kemasan Classic yang khas untuk Cooper S memberikan kabin sentuhan elegan dengan fabrik berwarna hitam-biru khas pada papan pemuka depan dan panel pintu, lapisan kulit vegan Vescin berlubang pada tempat duduk dalam warna sama ada kelabu atau hitam dengan sisipan tekstil biru dan banyak lagi. 


Hatch Cooper baharu juga hadir dengan penambahbaikan dari segi ciri praktikalnya. Konfigurasi tempat duduk 2+2 kini lebih luas, ruang bagasi juga lebih besar mencapai 210 liter, yang boleh diperluaskan lagi kepada 725 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.


CIRI KESELAMATAN MINI COOPER S 2024


Caricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-13.jpgCaricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-2.jpg


Sama seperti MINI Countryman yang baru, MINI Cooper S yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia datang dengan pakej Driving Assistant dan Parking Assistant Plus secara standard, yang memberikan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Ini termasuk fungsi ADAS seperti Amaran Penukaran Lorong, Amaran Keluar Lorong dengan intervensi stereng aktif, Info Had Kelajuan, Bantuan Had Kelajuan Manual, Kawalan Jelajah dengan fungsi brek, Amaran Pelanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Pembantu Pengelakkan, Amaran Lintasan Trafik Belakang dengan intervensi brek, Pencegahan Pelanggaran Belakang dan Amaran Keluar.


Selain itu, pakej tambahan Driving Assistant Plus menawarkan Cooper S dengan fungsi ADAS tambahan seperti Kawalan Jelajah Aktif dengan Henti-Mula, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, Bantuan Had Kelajuan Manual dan Automatik.


HARGA MINI COOPER S 2024


Kini boleh didapati untuk tempahan, MINI Cooper S generasi keempat baharu ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM280,000. 

Caricarz-MBA-MINIMalaysia-MAS2024-2.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9305

SELANGOR

BSQ9152

JOHOR

JYB433

PULAU PINANG

PSD1857

PERAK

APJ3062

PAHANG

CFG8124

KEDAH

KGG5705

NEGERI SEMBILAN

NEK6837

KOTA KINABALU

SJS4608

KUCHING

QAB223P

Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-05-2024
Berita Auto

02-12-2025
Berita Auto

23-05-2025
Kereta Baru

24-04-2025
Kereta Baru

24-04-2025
Kereta Baru

08-01-2025
Berita Auto

20-11-2024
Berita Auto

13-11-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.