MINI Countryman SE & JCW Elektrik Dilancarkan Hari Ini – Harga Dari RM260K


MINI Malaysia telah membuka tirai bagi pameran Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) dengan pelancaran MINI Countryman generasi ketiga. Pasaran Malaysia kini secara rasminya menerima kedatangan crossover kompak terbaru jenama ini dalam bentuk Countryman SE ALL4 elektrik sepenuhnya dan varian berprestasi, JCW Countryman ALL4.
MINI Countryman SE ALL4 baharu menggunakan platform UKL2 daripada BMW yang sama digunakan pada SUV EV BMW iX1 dan iX2 baharu. Dengan bateri berkapasiti 66.5 kWj, model ini boleh mencapai jarak EV sehingga 432 KM (WLTP) dalam satu cas.
Countryman SE baharu menyokong pengecas AC sehingga 22 kW, manakala DCFC pula dihadkan pada 130 kW. Dengan pengecas pantas, ia boleh dicas dari 10-80% dalam masa kurang daripada 30 minit.

Kuasa disalurkan kepada semua roda (AWD) oleh dua motor dengan output 313 hp dan 494 Nm. Sistem ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 5.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan pada 180 km/j.
Mengenai versi ICE yang lebih sporty dan berprestasi, JCW Countryman ALL4, ia dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter yang menghamburkan kuasa setinggi 300 hp dan 400 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi automatik DCT 7-kelajuan Steptronic Sport dan sistem pacuan semua roda 4ALL MINI, JCW Countryman mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat dan kelajuan maksimum 250 km/j.
JCW Countryman juga diberikan brek prestasi khas JCW dan sistem suspensi adaptif yang telah ditala untuk pengalaman pemanduan yang lebih sporty, kedua-duanya menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih mengasyikkan berbanding model elektrik.



Dari segi kosmetik, kedua-dua MINI Countryman SE dan JCW Countryman memiliki penampilan yang lebih menyerlah berbanding keluaran terdahulu. Antara ciri menarik di bahagian luar kedua-dua versi ini ialah gril depan berbentuk oktagon yang baharu dengan lampu depan LED baharu (kini dalam reka bentuk yang lebih tajam), lampu belakang LED penuh dengan tiga pencahayaan berbeza yang eksklusif, serta bumbung yang sedikit melengkung yang bersambung sempurna kepada tiang C kereta.




Countryman SE hadir dengan pakej kemasan Favoured yang merangkumi penggunaan aksen hitam berkilat, perumah cermin sisi dan bumbung berwarna Piano Black (hitam) atau Vibrant Silver (perak), plat skid optikal baharu pada bahagian depan dan belakang, dan rim aloi jejari Windmill 20-inci yang baharu dalam dua tona.
Sementara itu, JCW Countryman pula hadir dengan pakej kemasan sporty JCW, yang termasuk perumah cermin sisi dan bumbung merah, rangka hitam berkilat mengelilingi gril dan logo di bahagian depan, jalur merah pada dan hitam pada bonet, penutup batang yang berkilat, elemen cladding pintu, serta satu set rim aloi jejari JCW Flag 20-inci yang menggunakan tayar sport.
Di dalam kabin, Countryman baharu tampil lebih besar berbanding model terdahulu, sarat dengan pelbagai kemudahan dan teknologi. Kedua-dua varian Countryman diberikan skrin infotainmen bulat 9.44-inci dengan sistem MINI OS 9 baharu, kluster instrumen digital yang lebih kecil dilengkapi dengan papar pandu (HUD) yang intuitif, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik (dengan fungsi memori dan urutan untuk pemandu), sistem audio keliling Harman Kardon 12 speaker, dan cermin pandang belakang dengan fungsi anti-silau automatik.
Pakej kemasan Favoured Countryman SE memberikan ciri tambahan seperti stereng sport, upholsteri fabrik dengan corak houndstooth berwarna Dark Petrol, jalur fabrik dengan aksen berwarna, dan tempat duduk sport JCW yang diperbuat daripada Vescin Beading dalam warna Vintage Brown atau Dark Petrol.
Sementara itu, JCW Countryman pula diberikan kemasan bercorak khas JCW dalam warna merah, jalur fabrik aksen Anthracite, dan tempat duduk sport JCW yang diperbuat daripada Vescin berlubang dalam warna JCW Black dengan aksen merah dan kelabu, serta stereng JCW yang lebih sporty.
Dari segi keselamatan, kedua-dua MINI Countryman SE dan JCW Countryman baharu diberikan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif melalui pakej keselamatan Driving Assistant dan Parking Assistant Plus.
Teknologi ini merangkumi fungsi ADAS standard seperti Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Had Kelajuan Manual, Bantuan Pengelak, Amaran Pelanggaran, Amaran di Persimpangan, Amaran Penukaran Lorong (Titik Buta), Amaran Keluar, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Pengecaman Tanda-Tanda Jalan dan banyak lagi.
Dengan pakej keselamatan tambahan, Driving Assistant Plus dan Parking Assistant Professional akan memberikan Countryman beberapa fungsi ADAS dan bantuan parkir lain seperti Kawalan Jelajah Aktif dengan Henti-Mula, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, Bantuan Had Kelajuan Manual dan Automatik, Fungsi Parkir dari Jarak Jauh, Bantuan Manuver, dan Bantuan Undur.
Kini boleh didapati untuk tempahan, MINI Countryman 2024 generasi ketiga ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM260,000 untuk versi Countryman SE ALL4 elektrik, manakala model ICE, JCW Countryman ALL4 pula ditawarkan pada harga lebih tinggi iaitu RM399,000.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MINI Countryman C, Varian Permulaan Terbaru Diperkenalkan – MHEV, 168 HP
MINI Countryman generasi ketiga kini ditawarkan dengan varian baharu. Ini spesifikasinya...
20-12-2023
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia
Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.
21-07-2026
Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya
BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.
16-01-2026
BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai
BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).
16-01-2026
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800
BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.
25-06-2025
BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800
BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.
20-06-2025
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.
13-06-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge