BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi pemasangan tempatan (CKD). Berbeza dengan model edisi terhad M340i Edition 50 Jahre yang hanya ditawarkan sebanyak 50 unit di pasaran, varian ini ditawarkan secara meluas pada harga RM388,800 (tidak termasuk insurans).
Harga yang diumumkan sudah termasuk pakej BMW Group Malaysia Premium Ownership Experience yang menawarkan bantuan tepi jalan dan talian kecemasan kemalangan, serta servis dalam talian BMW. Pembeli juga boleh memilih untuk melanjutkan jaminan dan servis standard dua tahun kepada lima tahun dengan bayaran tambahan sebanyak RM26,400 melalui pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI).
Ciri Mekanikal BMW M340i xDrive M Sport Pro

Seperti model edisi khas sebelum ini, M340i xDrive M Sport Pro dikuasakan oleh enjin turbo enam silinder selari B58 3.0 liter yang menghasilkan 382 hp (387 ps) dan tork 500 Nm. Dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda xDrive, model ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.4 saat dengan had laju elektronik pada 250 km/j.
Selain itu, M340i dilengkapi suspensi Adaptive M, differential M Sport dan stereng Variable Sport Steering yang memberikan pengalaman pemanduan lebih sporty dan responsif.
Rekaan Sporty




Dari segi reka bentuk, M340i xDrive M Sport Pro mengekalkan imej sporty dengan pakej M Lights Shadowline dan M Aerodynamics yang merangkumi kit badan M Sport dan spoiler belakang M.


Model ini dilengkapi dengan rim aloi ringan M berukuran 19 inci rekaan dua jejari serta brek M Sport berwarna merah berkilat. Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Alpine White, Black Sapphire, Arctic Race Blue dan M Brooklyn Grey.
Kabin Mewah dan Berteknologi Tinggi




Bahagian dalam kabin BMW M340i xDrive M Sport Pro menggabungkan elemen sporty dan mewah dengan tempat duduk Sensatec berpori dalam warna Tacora Red atau Hitam, panel instrumen mewah dan butang kawalan galvanik.
Ciri M Sport seperti tali pinggang keledar M, kemasan Aluminium Rhombicle Anthracite, pelapik pintu M Sport dan stereng kulit M tiga jejari dengan garisan merah di tengah turut disediakan.


Teknologi penting yang disematkan pada model ini adalah termasuk BMW Curved Display dengan kluster meter digital 12.3 inci dan skrin infotainmen pusat 14.9 inci yang dipacu oleh BMW OS 8.5. Sistem ini disokong oleh pakej BMW Live Cockpit, ConnectedDrive Services dan Connected Package Professional. Sistem audio Harman Kardon 16 pembesar suara, bumbung panoramik, lampu suasana pelbagai warna, serta cermin pandang belakang anti-silau turut melengkapkan kabin.
Sistem Keselamatan Canggih
Dari segi keselamatan, M340i xDrive M Sport Pro dilengkapi pakej BMW Driving Assistant yang merangkumi ciri bantuan pemanduan seperti Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dengan fungsi Stop & Go, Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) dengan campur tangan brek, serta pakej Park Assistance Plus.
Harga Jualan BMW M340i xDrive M Sport Pro
Seperti yang dinyatakan di awal artikel, BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD ini ditawarkanpada harga bermula daripada RM388,800 (tidak termasuk insurans) dengan pakej waranti standard atau dengan tambahan sebanyak RM26,400 untuk pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) yang lebih komprehensif.
Baca: BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Baca: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6572
SELANGOR
BSQ8458
JOHOR
JYY7513
PULAU PINANG
PSD1327
PERAK
APJ2534
PAHANG
CFG7913
KEDAH
KGG5227
NEGERI SEMBILAN
NEK6639
KOTA KINABALU
SJS4338
KUCHING
QAB125P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya
BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.
16-01-2026
BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai
BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).
16-01-2026
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800
BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.
25-06-2025
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.
13-06-2025
Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun
Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.
12-06-2025
BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.
12-06-2025
BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...
12-06-2025
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
