Nama Pun Power, Mesti Power Habis
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, menampilkan e-POWER pada Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di Maeps, Serdang.
Apa yang cukup menarik ialah sistem pemacu e-POWER merupakan teknologi unik Nissan.
Ia menggunakan enjin petrol dan bateri Litium-ion untuk menjana motor elektrik – motor electric semata-mata untuk memacu roda.
Ia bertindak seperti kenderaan elektrik,memberikan tork serta-merta dan mempunyai pelepasan ekzos dan kos operasi yang lebih rendah berbanding dengan enjin pembakaran tradisional, tetapi tanpa memerlukan pengecasan.
Selain enjin petrol, e-POWER juga menggunakan brek janaan semula untuk memastikan bateri diisi semula.
Ketua Pegawai Eksekutif ETCM, Khoo Cheng Pah, berkata, transformasi yang sedang dialami oleh industri automotif kini memberikan cabaran dan peluang yang unik.
Kenderaan elektrik bateri (BEV) sudah pasti akan menarik perhatian pengguna, tetapi terdapat halangan dalam pengambilan secara besar-besaran.
“Sebagai jenama automotif pertama yang mengeluarkan kenderaan elektrik secara besar-besaran, Nissan LEAF, model yang diperkenalkan oleh ETCM pada 2013, kami bersedia untuk memulakan satu langkah lain dalam memperkasakan elektrifikasi mobiliti untuk rakyat Malaysia melalui e-POWER.” katanya.
Menurutnya, proposisi pintar e-POWER menggabungkan pelbagai ciri terbaik sistem pemacu – ciri-ciri pemanduan yang menyeronokkan seperti kenderaan EV, kebebasan daripada keperluan untuk mengecas dan penjimatan daripada kenderaan berkuasa petrol yang sangat cekap.
“Kenderaan Nissan yang dikuasakan oleh e-POWER mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu kenderaan terlaris di Jepun dengan pemanduannya yang mengujakan, kecekapan dan kehalusannya, serta tanpa kelemahan daripada pemilikan EV.
“Kami optimis bahawa rakyat Malaysia akan mencapai kesimpulan yang sama apabila kami melancarkan e-POWER pertama kami pada separuh kedua tahun ini,” tambahnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM5539
SELANGOR
BSG7726
JOHOR
JYE4987
PULAU PINANG
PRT1064
PERAK
ANY7209
PAHANG
CFD677
KEDAH
KGB6433
NEGERI SEMBILAN
NEG6396
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8457L
Terakhir Kemas Kini 04 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025
Berita Terkini
JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?
JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.
03-08-2025
MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?
Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.
31-07-2025
Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti
Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.
30-07-2025
Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?
Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.
30-07-2025
Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!
Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.
30-07-2025
Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo
TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.
28-07-2025
eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform
Empat syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia iaitu chargEV, DC Handal, JomCharge dan CarputZap telah menandatangani MoU membentuk satu kerjasama strategik perayauan, eRoaming Hub Alliance.
28-07-2025
Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma
Sime Motors memperkenalkan kemudahan unik menerusi pakej pengecasan EV mudah alih yang dibawakan oleh P.UP, khas untuk pembeli Atto 2 yang tinggal di bangunan tinggi.
24-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat