Omoda 7 PHEV Boleh Gerak Sejauh 1,200 KM

Chery Auto memperkenalkan Omoda 7 PHEV pada konvensyen pengedar dan media di ibu pejabatnya di Wuhu, China baru-baru ini.
Walaupun ia juga dibina berdasarkan platform Omoda 5 namun, Omoda 7 PHEV kelihatan agak berbeza daripada adik-beradiknya yang lebih kecil.

Jika menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu depan jenis tajam dan reka bentuk bumbung yang terapung .
Dari segi dimensi, OMODA 7 PHEV memiliki ukuran panjang 4,621 mm, setinggi 1,673 mm dan selebar 1,872 mm.
Sementara itu, jarak roda pula sekitar 2,700 mm.
Menurut Chery Auto, Omoda 7 akan dikeluarkan dalam versi plug in hybrid namun pilihan bukan hibrid juga akan ditawarkan pada masa akan datang.


Ia yang disumbat dengan enjin petrol empat silinder 1.5TGDi yang digabungkan bersama sistem plug-in hybrid mampu menghamburkan kuasa setakat 154 hp dan tork 220 Nm.

Chery juga mendakwa bahawa dengan kuasa baterinya, Omoda 7 PHEV mampu bergerak sejauh 95 kilometer dan boleh bergerak sejauh 1,200 km sekiranya baterinya dan tangki minyaknya penuh.
Menjengah kabinnya, Omoda 7 didatangkan dengan skrin infotainment bersaiz 15.6 inci yang boleh digerakkan ke arah penumpang hadapan.
Selain itu, terdapat juga skrin dengan resolusi 2.5K dan tahap keterangan 1,000 nit ini boleh dikawal menggunakan gerakan, suara atau butang.


Roda stereng dikatakan mendapat inspirasi daripada pengawal PlayStation 5 manakala tempat duduk hadapan pula dibentuk seperti tempat duduk permainan.
Apa yang cukup menarik ialah terdapat tempat untuk meletakkan pewangi supaya aromanya boleh menembusi ke dalam sistem pendingin hawa kenderaan.
Antara ciri yang lain terdapat jentera ini ialah sistem audio Sony 12+2 pembesar suara serta sistem pembatalan bunyi enjin.

Apapun, Omoda 7 akan dikeluarkan pada tahun ini, dan pastinya Chery Auto Malaysia akan membawa model baharu ini ke pasaran Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ8073
SELANGOR
BST8607
JOHOR
JE5310J
PULAU PINANG
PSF7012
PERAK
APL5923
PAHANG
CFH7863
KEDAH
KGJ1954
NEGERI SEMBILAN
NEL9407
KOTA KINABALU
SJU2080
KUCHING
QAB5938P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pencapaian Cemerlang: Omoda | Jaecoo Catat Jualan 32,840 Unit Dalam Sebulan
Omoda | Jaecoo melabuhkan tirai September 2025 dengan mencatatkan pencapaian yang agak cemerlang, apabila berjaya menghantar sebanyak 32,840 kenderaan ke seluruh dunia, sekali gus menjadikannya bulan eksport paling kukuh setakat ini.
21-10-2025
Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.
06-08-2025
SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?
Laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.
02-08-2025
Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025
Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.
29-04-2025
Chery Omoda 5 Kini Guna Nama Baharu Di China, Tiggo 5x
Chery baru-baru ini telah memberikan nafas baharu kepada model Omoda 5 yang laris di pasaran China. Kini dikenali dengan nama Tiggo 5x High Energy Edition.
26-12-2024
OMODA, Universal Pictures Jalin Kerjasama Untuk Filem Wicked
Omoda menjalinkan kerjasama dengan Universal Pictures sempena pelancaran filem terbaharu berdasarkan muzikal pentas blockbuster, Wicked.
27-11-2024
Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery Omoda 5 mencatat sejarah sebagai model pertama jenama ini yang dinilai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
12-08-2024
Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa
Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.
17-05-2024
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat