ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pendaftaran Minat smart #3 Kini Dibuka di Malaysia – Lebih Besar & Bergaya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

438833466_10161337046193112_3697285417080382536_nx.jpg


smart #3 yang dipertontonkan kepada umum buat pertama kali di Malaysia semasa Kuala Lumpur Car-Free Morning (KLCFM) April lalu. 


smart Malaysia (PRO-NET) kini telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk kenderaan elektrik (EV) terbarunya, smart #3. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web smart Malaysia atau di mana-mana pusat pengedaran sah smart. 


SUV coupe smart #3 dibina menggunakan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) oleh Geely yang mampu menampung  400 volt dan 800 volt. Model lain yang dibina dengan platform sama ialah smart #1, tidak hairan mengapa #3 mempunyai rekaan yang hampir sama dengan SUV tersebut.


 


CariCarz.com baru-baru ini berpeluang untuk melihat smart #3 dengan dekat semasa Auto China 2024 di Beijing. smart #3 menampilkan dimensi 4,440 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,600 mm tinggi dan dengan jarak antara roda 2,785 mm. Jika dibandingkan dengan smart #1, smart #3 adalah lebih rendah, tetapi lebih panjang. Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya ialah reka bentuk garis bumbung landai yang sporty, bentuk coupe pada smart #3.


web_CariCarz_MA_Auto-China-2024_smart--3_-2.jpgweb_CariCarz_MA_Auto-China-2024_smart--3_-1.jpg


smart #3 yang dipamerkan semasa pameran automotif di Beijing.


Seperti varian Premium dan Brabus #1, #3 juga menggunakan bateri jenis nikel mangan kobalt oksida (NMC) 66 kWj yang menjanjikan jarak sehingga 440 km (WLTP). Sistem motor tunggal dan dwi-motor ditawarkan masing-masing dengan kuasa sehingga 268 hp dan 422 hp. 


Berdasarkan pemerhatian kami semasa melihat unit pasaran China pemanduan sebelah kiri (LHD) yang dipamerkan, rekaan dalaman #3 tidak jauh berbeza daripada smart #1. Ia mempunyai papan pemuka (dashboard) berbentuk T dan juga skrin infotainmen 12.8 inci yang sama, tetapi kini hadir dengan corong pendingin hawa berbentuk bulat di bahagian tengah.  


smart-3-ProPlus-5.jpg


Kabin smart #3 


Memandangkan tiada perubahan ketara yang dapat dilihat di dalam kabin, dijangkakan smart #3 turut hadir dengan kelengkapan dan pelbagai ciri teknologi yang sama. Antara yang terdapat dalam smart #1 ialah pakej audio premium Beats 13 speaker, bumbung suria panoramik, lampu ambien pelbagai warna dan sebagainya. 


smart-3-ProPlus-8.jpg


Mengenai harga, smart Malaysia masih belum membuat sebarang pengumuman, tetapi kami yakin ia akan dipasarkan pada harga yang lebih tinggi berbanding #1. Untuk makluman, smart #1 ditawarkan pada harga RM189,000 (Pro), RM219,000 (Premium) dan RM249,000 (Brabus).


Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus


Pembelian smart #3 nanti dijangka turut termasuk pakej jaminan sama yang ditawarkan untuk smart #1 iaitu jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 200,000 km, jaminan komponen EV 8 tahun atau 150,000 km, sebagai tambahan kepada jaminan asas kenderaan, 4 tahun tanpa had perbatuan. 

smart-3-smart-1-1.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1869

SELANGOR

BSS7356

JOHOR

JC4347J

PULAU PINANG

PSE6972

PERAK

APK6650

PAHANG

CFH4526

KEDAH

KGH5491

NEGERI SEMBILAN

NEL4381

KOTA KINABALU

SJT5404

KUCHING

QAB4036P

Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-02-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

20-09-2024
Berita Auto

04-09-2024

Berita Terkini

EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026
EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
EV

Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.

06-08-2026
EV

Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.

04-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026
EV

Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan

Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.

28-07-2026
EV

Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?

Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan

24-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.