ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Permohonan Subsidi RM200 Diesel Dibuka Untuk Pemilik Kenderaan Diesel Persendirian, Petani & Pekebun Kecil

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-RON95-B10Diesel-FuelPump-(2).jpg


Individu pemilik kenderaan diesel persendirian, petani kecil, dan pekebun kecil komoditi telah boleh mula membuat permohonan bagi Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI). 


Kriteria Kelayakan dan Kategori Permohonan BUDI Madani


Penerima yang layak akan menerima BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan sejajar dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. 


444154911_886854043478741_1273698828989429910_n.jpg


Pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu. Berikut adalah kriteria kelayakan pemohon untuk BUDI Individu:

  • Warganegara Malaysia
  • Kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun
  • Kenderaan memiliki cukai jalan yang aktif 
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah


Sementara itu, petani dan pekebun kecil di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi. Berikut adalah kriteria kelayakan pemohon untuk BUDI Agri-Komoditi:

  • Berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
  • Petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000

445706027_886853813478764_8912054635809415518_n.jpg445107189_886854076812071_8409855742646753192_n.jpg


Semakan dan Pelaksanaan Bantuan BUDI Madani


Permohonan akan disemak silang dengan data dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk mengecualikan pemilik kenderaan mewah dan individu berpendapatan tinggi. 


Diesel-Subsidy-Sales-Down-Caricarz-(2).jpg


Bantuan akan disalurkan melalui akaun bank setiap bulan atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tanpa akaun bank.


Maklumat Lanjut dan Cara Membuat Membuat Permohonan BUDI Madani


Maklumat lanjut dan syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi di laman web https://budimadani.gov.my. Pemohon juga boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI atau melalui e-mel di budimadani@treasury.gov.my. Pertanyaan lanjut boleh diajukan di semua pejabat LHDNM seluruh Semenanjung Malaysia.


Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, “Ikhtiar BUDI MADANI mencerminkan usaha bersepadu jentera Kerajaan MADANI dalam memastikan mekanisme penyasaran subsidi diesel adalah komprehensif, cekap dan berkesan supaya sektor logistik dan majoriti rakyat terus dilindungi.”


Sehingga kini, hampir 90,000 fleet card telah dikeluarkan kepada syarikat di sektor pengangkutan awam darat dan sektor pengangkutan barangan darat.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5447

SELANGOR

BST9887

JOHOR

JE7645J

PULAU PINANG

PSF8279

PERAK

APL7156

PAHANG

CFH8369

KEDAH

KGJ2494

NEGERI SEMBILAN

NEM694

KOTA KINABALU

SJU2780

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-06-2024
Berita Auto

10-01-2024
Gaya Hidup

13-12-2023
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

28-05-2024
Berita Auto

17-09-2026
Berita Auto

24-08-2026
Berita Auto

25-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.