smart #3 Sudah Boleh Ditempah, Harga Marhaen

smart Malaysia memperkenalkan smart #3 SUV Coupe pada Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor.
Di sebalik pengenalan smart#3 itu ke pasaran tempatan, tempahan untuk jentera comel ini juga sudah dibuka.
Dikhabarkan, pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500.

Bagaimanapun, tawaran ini terhad ini dikhaskan kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.
Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, beliau sangat berbesar hati menyambut kedatangan smart #3 ke dalam portfolio smart.
“Pengumuman mengenai tawaran smart #3 ini sebenarnya membuka peluang kepada para pelanggan untuk menjadi pemilik terawal smart #3.
“Penghantaran smart#3 akan dibuat bagi suku ketiga tahun ini. Jadi, 13 pengedar rasmi smart telah bersedia sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan,” katanya.
Untuk makluman anda, smart #3 didatangkan dalam 3 varian iaitu varian BRABUS, Premium dan Pro.
Varian seperti BRABUS dan Premium, kedua-duanya menawarkan pengecas AC 22kWj yang terbaik dalam segmennya dengan keupayaan untuk mengecas bateri anda dari 10% hingga 80% dalam masa kurang dari 3 jam.
Brabus mampu memecut dari 0-100km/j yang mengagumkan dan mencapai Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat.
Untuk memberi kuasa kepada prestasi luar biasa ini, smart #3 BRABUS dilengkapi kuasa pemanduan dwi-motor dengan pacuan empat roda (AWD) 315kW/543Nm, bagi memastikan pengendalian dan daya cengkaman yang luar biasa dan dapat memberikan jarak gerak sehingga 415km.
Selain itu, smart #3 juga sudah menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan menempatkan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.
Sementara itu, smart #3 Premium pula menampilkan bumbung panaromik Halo, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif, gril depan jenis bercahaya, dan pek bateri NCM 66kWj.
Ia dilengkapi dengan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang kenderaan, sekali gus memberikan jarak sehingga 455km dengan hanya sekali cas.
Apa yang cukup menarik ialah smart Malaysia memperkenalkan struktur harga baharu mampu milik untuk model smart #1 Premium dan Pro.
Penyesuaian strategik ini selari dengan harga dari smart Global, dalam mencerminkan komitmen mereka untuk menyediakan nilai yang hebat dan memupuk inklusiviti dalam komuniti smart.

Demi menghargai para pelanggan smart, smart Malaysia menawarkan pakej servis kenderaan 4 tahun secara percuma kepada pemilik sedia ada smart #1 Premium dan Pro.
Harga Baru OTR (tanpa insurans) untuk smart #1 Premium dan Pro - dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah seperti berikut:
smart #1 Premium RM209,000
smart #1 Pro RM169,000
Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi pengedar rasmi smart untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #3 atau memuat turun Aplikasi Hello smart dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk membuat tempahan #3.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.smart.com/#/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA6207
SELANGOR
BSQ4281
JOHOR
JYX4741
PULAU PINANG
PSC5767
PERAK
APH7560
PAHANG
CFG6287
KEDAH
KGG2483
NEGERI SEMBILAN
NEK5154
KOTA KINABALU
SJS1284
KUCHING
QAB9045N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat