Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka . Anda boleh menempah smart #5 dengan bayaran tempahan serendah RM2,000 melalui aplikasi Hello smart dan laman web rasmi smart Malaysia .


smart #5 ditawarkan dalam dua varian berbeza, iaitu Premium dan smart #5 BRABUS.
Varian Premium mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.5 saat. Dikuasakan oleh bateri 100kWh yang mampu mencapai jarak sehingga 590km (WLTP), ia turut menyokong seni bina 800V, pengecasan AC 22kW dan pengecasan pantas DC 400kW, menjadikannya pilihan ideal untuk pemanduan jarak jauh dengan keselesaan dan kecekapan maksimum.
Sementara itu, BRABUS pula mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 3.8 saat, ia hadir dengan sistem pacuan semua roda dwimotor, Launch Mode, manakala pengalaman bunyi pemanduan BRABUS yang ditala khas menambahkan lagi rasa teruja di sebalik stereng.
Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk Dinamica microfibre, angkup brek berwarna merah serta rim BRABUS Monoblock Z bersaiz 21 inci yang menyerlahkan gaya sporty dan prestasi tinggi yang menjadi identiti BRABUS.
Bertemakan ‘Contemporary Adventurer’, smart #5 direka khas untuk pemanduan bandar yang mahukan lebih daripada sebuah kenderaan elektrik, ruang yang luas, jarak pemanduan yang besar dan lebih bergaya.

smart #5 menampilkan dua paparan OLED bersaiz 13 inci, paparan AR berukuran 25.6 inci, serta cipset automotif gred AMD V2000 yang memastikan prestasi pemanduan sentiasa lancar dan responsif.
Di pusat kawalannya LEO, avatar pintar berkuasa ChatGPT dinaik taraf bagi membantu untuk navigasi, berhubung, dan mengawal kenderaan dengan lebih mudah. Ia turut dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto.
Mengenai sistem audio, smart #5 menawarkan pengalaman seakan konsert di dalam kenderaan anda. Terdapat 20 sistem pembesar suara SENNHEISER dengan teknologi Dolby Atmos serta pembesar suara bahagian tengah automatik yang disertakan dengan pencahayaan ambien

Dari segi ciri keselamatan, smart #5 telah meraih penarafan keselamatan 5 Bintang daripada Euro NCAP, dengan skor keseluruhan tertinggi bagi kategori SUV besar yang diuji pada tahun 2025.
Ia dibina dengan tork setinggi 42,000Nm menggunakan 82% keluli berkekuatan tinggi, serta dilengkapi tujuh beg udara untuk perlindungan menyeluruh.
Ciri Smart Pilot Assist termasuk Highway Pilot Assist (HWA) dan fungsi Stop & Go menawarkan pemanduan separa automatik di lebuh raya, manakala sistem kamera 360° memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat.
Terdapat sembilan mod pemanduan, termasuk lima mod untuk pemanduan off-road, disertakan sistem suspensi double wishbone dan multi-link bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan selesa.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.Zhang Qiang berkata, pihaknya teruja untuk memperkenalkan smart #5 kepada para pemandu di Malaysia.
“Model ini membuka babak baharu dalam dunia mobiliti elektrik yang menggabungkan kuasa, praktikaliti dan identiti unik yang sinonim dengan jenama smart.
"Kini tempahan pun telah dibuka, rangkaian pengedar kami di seluruh negara sedia menyambut pelanggan dan memberikan pengalaman pemilikan yang istimewa. Kami menjemput rakyat Malaysia untuk menjadi antara yang pertama merasai babak baharu mobiliti elektrik bersama smart," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Untuk keterangan lanjut, KLIK!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRH692
SELANGOR
BSR7675
JOHOR
JA6385J
PULAU PINANG
PSE492
PERAK
APK950
PAHANG
CFH2335
KEDAH
KGH2162
NEGERI SEMBILAN
NEL340
KOTA KINABALU
SJT1947
KUCHING
QAB2344P
Terakhir Kemas Kini 23 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800
smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.
14-11-2025
EV smart #5 Bakal Guna Sistem Audio 20 Speaker Sennheiser
smart baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat audio terkenal, Sennheiser.
29-08-2024
smart #5 Versi Pengeluaran Didedahkan Di China Sebelum Pengenalan Rasmi – Capai 637 HP!
Versi pengeluaran untuk smart #5 telah didedahkan di China lebih awal daripada hari kemunculan rasminya. Ini spesifikasinya...
14-06-2024
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia
PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.
24-12-2025
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800
smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.
14-11-2025
EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat
smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
23-09-2025
Berita Terkini
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
