- Berita
- Berita Auto
- UMWT Jual 7,345 Unit Kereta Bulan April, Umum Promosi Mei Rebat RM7.5K, Pembiayaan 100%
UMWT Jual 7,345 Unit Kereta Bulan April, Umum Promosi Mei Rebat RM7.5K, Pembiayaan 100%

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan prestasi jualan yang cemerlang selepas menjual sebanyak 7,345 unit Toyota dan Lexus pada bulan April 2024.
Daripada jumlah tersebut, 7,213 unit terdiri daripada jenama Toyota manakala 132 unit jenama Lexus. Dengan pencapaian ini, jumlah jualan tahunan UMWT setakat ini telah mencecah 30,789 unit.
MODEL TERKINI UMWT




Toyota Yaris G Limited.
UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan Toyota Yaris G Limited, sebuah hatchback edisi terhad yang menetapkan standard baharu dalam pasaran hatchback segmen B bukan nasional. Terhad hanya 600 unit, model ini direka khas untuk pemandu Generasi Z yang mencari pengalaman memandu yang lebih dinamik.
Baca: Toyota Yaris G Limited – Versi Sporty Ini Terhad 600 Unit, Hanya RM99,600

Kemas kini prestasi yang diberikan pada G Limited adalah termasuk throttle controller, sistem ambilan udara sejuk, suspensi talaan sport serta satu set bar pengukuh casis.
Presiden UMWT, Datuk Ravindran K., menyatakan kebanggaannya dalam memperkenalkan Yaris G Limited. Beliau menekankan bahawa kenderaan ini memenuhi aspirasi dan gaya hidup pelanggan muda, menunjukkan pendekatan progresif UMWT dalam reka bentuk dan fungsi automotif.

Toyota Hiace Super Long Wheelbase (SLWB).
Selain itu, UMWT turut memperkenalkan Toyota Hiace Super Long Wheelbase (SLWB) untuk sektor komersial. Model yang menggunakan enjin turbodiesel 1GD-FTV 2.8 liter (177 ps/450 Nm) ini memiliki ruang yang lebih luas dengan jarak roda 3,860 mm.
Baca: Ruang Van Super Long, Memang Tak Kedekut Ruang
PERLUAS RANGKAIAN PENGEDARAN

UMWT juga memperluaskan rangkaian pengedarannya dengan memperkenalkan Laser Motor 4S Sdn Bhd di Seremban. Lokasi yang pada asalnya pusat 1S ini kini sebuah fasiliti yang menawarkan perkhidmatan komprehensif dengan khidmat jualan dan servis yang memiliki 10 ruang servis.
PROMOSI BULAN MEI 2024 UMWT

Promosi bulan Mei UMWT.
Untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelian pelanggan, UMWT melancarkan promosi 'Peace Of Mind With Every Drive' untuk bulan Mei. Tawaran istimewa ini termasuk rebat sehingga RM7,500 dan pembiayaan sehingga 100 peratus bagi 13 model Toyota, termasuk Toyota Yaris yang baru dikemas kini dan Vios serba baharu, dengan ansuran bermula daripada serendah RM658 dan RM688.
Di samping itu, Program Toyota Service Savers turut menyediakan pilihan ansuran bulanan daripada serendah RM31.
Kekal komited dengan misi “Move Your World,” UMWT berazam untuk memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pelanggan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY1803
SELANGOR
BSU9834
JOHOR
JH3013J
PULAU PINANG
PSH3581
PERAK
APM8691
PAHANG
CFJ3890
KEDAH
KGJ7846
NEGERI SEMBILAN
NEM5645
KOTA KINABALU
SJV1472
KUCHING
QAB9852P
Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Berita Terkini
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

