- Berita
- Kereta Baru
- Volkswagen Golf R CKD Kini Rasmi Dipasarkan Di Malaysia – Capai 320 HP, Dari RM332,990
Volkswagen Golf R CKD Kini Rasmi Dipasarkan Di Malaysia – Capai 320 HP, Dari RM332,990
-full.jpg)
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akhirnya melancarkan Volkswagen Golf R pemasangan tempatan (CKD). VPCM telah mula menerima tempahan superhatch ini sejak pertama kali ia dipertontonkan, pada Ogos tahun lalu. Model ini dipasarkan di negara kita pada harga yang bermula dari RM332,990 (tidak termasuk insurans dan kos atas jalan) termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP). Berikut adalah spesifikasi Volkswagen Golf R yang perlu anda tahu...
TRENKUASA VOLKSWAGEN GOLF R CKD
Golf generasi ke-8 (Mk 8) ini dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter TSI dengan output 320 hp dan tork 400 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi DSG 7-kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) 4Motion yang membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.
REKA BENTUK VOLKSWAGEN GOLF R CKD
-full.jpg)
Secara visual, seperti yang dapat disaksikan semasa sesi pratonton tahun lalu, Golf R ‘buatan Malaysia’ ini diberikan beberapa ciri tambahan yang terdapat dalam Pakej Prestasi. Termasuk dalam pakej ini ialah kit badan aero yang merangkumi bampar hadapan yang lebih agresif, diffuser dan spoiler belakang yang lebih menonjol, rim dua tona Estoril berukuran 19 inci dan paip ekzos quad Akrapovič.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.webp)
Turut termasuk dalam Pek Prestasi ini ialah mod pemanduan ‘Drift’ dan ‘Special’ yang menurut VPCM membolehkan kawalan penuh untuk upshift atau gear tinggi dan mengoptimumkan lagi respon stereng serta dinamik lateral semasa kenderaan dipandu laju.
KABIN VOLKSWAGEN GOLF R
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Bergerak masuk ke bahagian dalam kabin, Golf R, gayanya tidak jauh berbeza daripada kembarnya dalam versi GTI, namun R hadir dengan beberapa elemen tambahan seperti logo R pada tempat duduk dan stereng serta paparan digital eksklusif R. Selain itu, ia turut diberikan teknologi tambahan, sistem papar pandu (HUD). Selebihnya, masih sama seperti versi import (CBU) yang dibawa masuk sebelum ini.
CIRI KESELAMATAN VOLKSWAGEN GOLF R
Seperti GTI yang telah dikemaskini, pakej bantuan pemandu aktif IQ.Drive kini disediakan sebagai ciri standard. Teknologi ini merangkumi sistem seperti bantuan pemanduan dengan kawalan jelajah adaptif, bantuan sisi, bantuan hadapan, bantuan lorong dan bantuan kecemasan, sekaligus memberikannya kemampuan pemanduan separa autonomi.
HARGA JUALAN VOLKSWAGEN GOLF R
-full.jpg)
Seperti yang dikatakan di awal artikel, Volkswagen Golf R versi CKD yang dikeluarkan dari kilang di Pekan, Pahang ini ditawarkan di pasaran pada harga yang bermula daripada RM332,990, tidak termasuk insurans dan kos atas jalan. Lebih murah berbanding versi CBU yang sebelum ini dijual pada harga RM431,162 tanpa insurans. Pembelian adalah termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) selama 2 tahun, tanpa had perbatuan, termasuk bantuan jalan selama 5 tahun.
Ingin menyaksikan Volkswagen Golf R CKD baharu dengan lebih dekat? Kunjungi acara Malaysia Autoshow 2024 yang akan berlangsung minggu ini dari 22 hingga 26 Mei di MAEPS, Serdang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat