Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli EV Sebab Cukai Jalan EV Murah

Ada berita baik buat pemilik kenderaan elektrik di negara ini kerana kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan bebas emisi (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Apa yang cukup menarik ialah kadar fi baharu itu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada.

Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa kadar fi LKM baharu yang ditetapkan hanya terpakai kepada ZEV dalam kategori 'Pure Battery Electric Vehicle' (PBEV) dan 'Fuel Cell Electric Vehicle' (FCEV) sahaja.
"Kadar fi akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa motor elektrik, secara amnya peningkatan kuasa motor elektrik akan mewakili peningkatan dalam harga belian, saiz, segmen dan berat kenderaan,” katanya.
Digahamkan, semua kadar fi yang ditetapkan akan disemak sekurang-kurangnya setiap lima tahun bagi memastikan keberkesanan dalam mencapai objektif peralihan kepada ZEV.
-(1)-(1)-full_normal.webp)
Prinsip penetapan fi dibuat berdasarkan kadar blok dengan setiap blok ditetapkan pada julat kuasa motor 100,000 watt.
Sebagai contoh, blok 1 adalah bagi ZEV yang mempunyai kuasa motor elektrik dari satu watt hingga 100,000 watt, blok 2 antara 100,001 hingga 210,000 watt dan seterusnya.
"Bagi setiap blok, akan ditetapkan had minimum dan maksimum kadar fi LKM. Contoh, kadar fi LKM bagi blok 1 adalah RM20 manakala kadar maksimum pula adalah RM70 manakala blok3, kadar fi minimum adalah RM305 dan maksimum pula adalah RM575," katanya.

Untuk makluman, bagi setiap blok, kadar kenaikan fi LKM ditetapkan secara progresif dengan setiap kenaikan 9,999 watt akan dikenakan tambahan bayaran mengikut kadar kenaikan yang ditetapkan dalam blok terbabit.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge