Ada Sebab Jualan Proton Makin Melonjak

Pengeluar kereta Nasional PROTON mencatatkan kadar pertumbuhan jualan sebanyak 13.6% berbanding bulan sebelumnya dengan 12,522 unit (domestik dan eksport) terjual pada bulan Mei tahun ini.
Jualan pada bulan lalu agak memberangsangkan disebabkan Proton X90 dan Proton S70 mengakhiri bulan Mei sebagai peneraju jualan segmen.
Ini kerana Proton X90 telah merampas kembali gelaran SUV segmen-D paling popular di Malaysia dengan 364 unit terjual.
Sementara itu, jualan Proton Saga meningkat 21.6% kepada 6,119 unit di bulan Mei membawa jualan tahun sehingga kini meningkat sebanyak 8% ke 29,397 unit, kerana ia kekal menjadi produk yang menarik kepada pembeli kereta Malaysia.
Malah, peneraju pasaran PROTON yang lain pada bulan Mei ialah sedan segmen C, Proton S70.

Jualannya meningkat 23% kepada 2,011 unit daripada 1,635 unit pada bulan April, dan jualan kumulatif untuk lima bulan pertama 2024 kini berjumlah 9,474 unit.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah mengakui jualan pada April agak perlahan disebabkan cuti perayaan.

“Namun, jualan pada Mei menunjukkan perkembangan positif . Bagi memasuki separuh kedua tahun 2024, PROTON akan fokus pada peningkatan jualan melalui kemas kini model sedia ada,” katanya.
Selain Proton X90 dan Proton S70, beberapa model lain juga laku keras, berikut adalah perinciannya:

Difahamkan, PROTON mahu mengembangkan dan membina semula jenamanya di negara-negara seperti Trinidad dan Tobago, Bangladesh dan Iraq pada tahun ini .

Sejak Februari tahun ini, model eksport paling laris ialah Proton Saga, yang sekali lagi mendahului model yang lain dengan 360 unit dieksport dalam bulan Mei.
Kebanyakan model juga mencatatkan peningkatan jualan eksport, menjadikan jualan eksport kumulatif kepada 1,344 unit sejak Januari tahun ini berbanding 820 unit untuk tempoh masa yang sama pada tahun 2023. Ini bersamaan dengan peningkatan 63.9% dalam jualan eksport YTD.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY352
SELANGOR
BSU9632
JOHOR
JH2571J
PULAU PINANG
PSH3441
PERAK
APM8489
PAHANG
CFJ3812
KEDAH
KGJ7704
NEGERI SEMBILAN
NEM5592
KOTA KINABALU
SJV1353
KUCHING
QAB9780P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge