ChargeSini, MMU Meterai MoU Projek Penyelidikan, Bangun Sistem AI Untuk Pengecas EV

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh (kedua dari kiri) dan Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Su'ud (kedua dari kanan).
Pembekal pengecasan kenderaan elektrik (EV) Malaysia, ChargeSini (ChargeHere EV Solution Sdn Bhd) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi terkemuka Malaysia, Universiti Multimedia (MMU).
Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh dan Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Su'ud.
Melalui perjanjian ini, ChargeSini dan MMU bersetuju untuk bekerjasama dalam projek penyelidikan PhD yang bertajuk "Analisis dan Kawalan Rangkaian Elektrik Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Penyediaan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik."

ChargeSini dan MMU bersetuju untuk menjalinkan kerjasama untuk menjayakan projek penyelidikan PhD yang bertajuk "Analisis dan Kawalan Rangkaian Elektrik Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Penyediaan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik."
Kerjasama ini menonjolkan kepentingan peranan yang dimainkan oleh institusi pengajian tinggi dan pemain utama industri dalam sektor swasta bagi memajukan inovasi teknologi dan menggalakkan amalan tenaga lestari.
Empat matlamat cuba dicapai melalui penyelidikan ini iaitu pembangunan Sistem Kawalan AI yang inovatif, penciptaan pengalaman pengguna yang lebih baik, pencapaian matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dan penetapan standard baharu dalam kolaborasi akademik-industri.


James Goh menunjukkan stesen pengecas EV ChargeSini kepada Prof. Datuk Dr. Mazliham.
Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk membangunkan algoritma AI inovatif yang dijangka bakal mengubah cara pengecasan kenderaan elektrik (EV) dikawal, misalnya membabitkan round robin atau pengagihan beban yang sama, menggunakan pendekatan berdasarkan permintaan. Sistem ini akan menganalisis permintaan pengguna dan corak penggunaan harian untuk mengoptimumkan kapasiti pengecasan tanpa membebankan rangkaian elektrik sedia ada.
Secara spesifiknya, algoritma AI ini dapat dimanfaatkan untuk menyelesaikan isu yang disebabkan oleh penerimaan EV yang kian meningkat terutamanya di kawasan kediaman dan komersial. Isu utama yang timbul daripada penggunaan EV secara besar-besaran adalah risiko beban elektrik keterlaluan di kondominium dan fasiliti serupa yang lain, yang seterusnya boleh mengakibatkan gangguan bekalan kuasa dan pengalaman pengguna.

Kakitangan ChargeSini dan MMU di majlis penandatanganan MoU.
“Kerjasama ini bukan hanya dapat meningkatkan aplikasi praktikal penyelidikan kami tetapi juga menyokong komitmen Malaysia untuk masa depan yang lebih mampan. Melalui kolaborasi ini, kami yakin dapat memberikan penyelesaian yang terbaik bagi mendorong pertumbuhan ekosistem pengecasan EV dan membuat sumbangan yang signifikan kepada matlamat alam sekitar negara," jelas Prof. Dato’ Dr. Mazliham.
James Goh dari ChargeSini juga meluahkan keyakinan yang sama, "Kami yakin dapat memberikan penyelesaian terbaik yang dapat membantu pembangunan ekosistem pengecasan EV dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat alam sekitar negara."
Dalam majlis yang sama, Goh turut mendedahkan komitmen ChargeSini untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV secara berterusan bagi memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa bertambah dari masa ke masa.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7321
SELANGOR
BSU2260
JOHOR
JF2603J
PULAU PINANG
PSG1362
PERAK
APL9115
PAHANG
CFH9235
KEDAH
KGJ3470
NEGERI SEMBILAN
NEM1826
KOTA KINABALU
SJU4263
KUCHING
QAB7059P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat