Dalam 5 Bulan, China Dah Eksport Lebih 2.45 Juta Kereta?

Bayangkan, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, China mencapai kemajuan luar biasa dalam pasaran automotif global apabila sudah mengeksport lebih 2.45 juta kenderaan.
Ini bermakna terdapat peningkatan 26% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Maka, tidak hairanlah mengapa China berjaya mengeksport 568,000 kenderaan pada bulan Mei sahaja. Angka ini menandakan peningkatan 29% tahun ke tahun dan pertumbuhan jualan 2% bulan ke bulan.


Itu pendedahan yang dibuat Setiausaha agung Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA), Cui Dongshu, baru-baru ini.
Lebih mengejutkan apabila data menunjukkan jumlah nilai eksport kenderaan China dari Jan hingga Mei 2024 adalah RM 215.2 bilion dimana ia mencatatkan kadar pertumbuhan 20.1%.
Dikhabarkan, purata harga eksport kereta kekal konsisten kerana angka yang dicatatkan pada 2023 pada kira-kira RM 88,350 setiap kenderaan.
Antara lima pasaran eksport teratas untuk kenderaan China (pada Mei 2024) ialah Rusia (103,763 kenderaan), Brazil (53,164 kenderaan), Mexico (42,192 kenderaan), Belgium (28,851 kenderaan) dan UAE (28,661 kenderaan).


Data tersebut menunjukkan kedudukan Rusia sebenarnya merupakan pengimport utama kenderaan China.
Sebaliknya, pasaran lain seperti Australia, Sepanyol, Israel, Thailand dan Ecuador mengalami penurunan ketara dalam mengimport kenderaan China.

Pada masa yang sama, eksport kenderaan tenaga baharu (NEV) China juga menyaksikan pertumbuhan yang agak luar biasa.
Pada Mei 2024, 207,000 NEV telah dieksport, menandakan peningkatan 33% tahun ke tahun.
Dari Januari hingga Mei 2024, jumlah eksport NEV mencecah 870,000 unit, angka itu dilihat meningkat 29% daripada tahun sebelumnya.
Dikhabarkan, lima pasaran eksport teratas untuk NEV China ialah Brazil (45,501 kenderaan), Belgium (26,502 kenderaan), United Kingdom (16,859 kenderaan), Mexico (8,680 kenderaan) dan Thailand (8,174 kenderaan).
Pertumbuhan eksport kenderaan hibrid plug-in (PHEV) juga dilonjakkan oleh pasaran seperti Brazil dan Mexico.
Bagaimanapun, terdapat penurunan dalam import PHEV di Belgium, Perancis, Jerman, Israel dan UAE.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2261
SELANGOR
BSU8075
JOHOR
JG8659J
PULAU PINANG
PSH1992
PERAK
APM7053
PAHANG
CFJ3301
KEDAH
KGJ6948
NEGERI SEMBILAN
NEM4975
KOTA KINABALU
SJU9736
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge