EV Proton: Lantik 17 Pengedar Dulu
--Dr-Li-Chunrong,-Tan-Sri-Syed-Faisal-Albar,-En-Roslan-Abdullah-and-Mr-Zhang-Qiang,-CEO-of-PRO-NET,-together-with-all-17-dealers--full.jpg)
Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan pelantikan 17 pengedar EV Proton pertama yang telah memeterai perjanjian, semalam.
Untuk itu, permohonan kini dibuka untuk peniaga yang berminat menjadi pengedar.
Ini kerana sasaran awal Proton adalah untuk membuka 30 cawangan menjelang 2025 dengan rancangan mengembangkan rangkaian jualan mengikut keperluan pasaran.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, sebagai jenama automotif pertama di Malaysia, adalah penting bagi PROTON untuk melabur dalam infrastruktur bagi menawarkan rangkaian perkhidmatan penuh kepada pembeli EV dan bukannya hanya menjual produk
“Oleh itu, apabila model Proton e.MAS mula dijual, pelanggan boleh yakin bahawa setiap keperluan mereka akan diuruskan sama seperti pembeli model Proton semasa,” ujarnya.
Berikutan permulaan kerjasama dengan GEELY pada 2017, rancangan telah dibuat untuk memperkenalkan model Proton EV berikutan kejayaan model SUV baharu syarikat itu yang mengembalikan PROTON kepada keuntungan.


Walaupun rancangan tertunda semasa pandemik COVID, aktiviti disambung semula denganbertungkus-lumus dengan upcara menandatangan Memorandum Perjanjian (MOA) antara PROTON dan Syarikat Automobil smart pada 19 Januari 2022.
Ia diikuti dengan pemeteraian Perjanjian Pengedaran Am (GDA) antara kedua-dua pihak pada 18 Ogos 2022 serta pembentukan PRO-NET pada 9 September tahun sama untuk menerajui jualan dan pengedaran kenderaan smart dan tawaran EV masa hadapan daripada PROTON.
Langkah seterusnya ialah tandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Gentari di Oktober 2022 untuk bekerjasama dalam mewujudkan infrastruktur pengecasan.
Ia turut diikuti dengan penghantaran 16 jurutera ke China pada Disember 2022 untuk Latihan Dalam Kerja (OJT) dalam EV dan bidang berkaitan seperti pengecasan dan servis.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat