Honda Motor Tamatkan Pengeluaran Honda Cub

Honda Motor mengorak satu langkah ke hadapan apabila syarikat itu dikatakan akan menamatkan aktiviti pembuatan motosikal kapcai di Jepun bermula Mei depan.
Langkah itu diambil memandangkan Jepun akan mula menguatkuasa peraturan kawalan emisi yang lebih ketat, pada tahun 2025.
Maka, antara model yang terlibat ialah Honda Super Cub 50.
Lagipun, penamatan model itu juga ada kaitan dengan pengeluaran motosikal dan skuter elektrik yang semakin melonjak sekali gus menyebabkan populariti Cub 50 semakin merudum sejak kebelakangan ini
Berdasarkan laporan Nikkei Asia, piawaian pelepasan Euro 5 dari 2020 adalah sebab utama Honda terpaksa menamatkan barisan produk itu.


Piawaian yang ketat dihadkan ke atas pelepasan hidrokarbon, karbon monoksida dan nitrogen oksida telah menimbulkan cabaran besar untuk mengekalkan pengeluaran Super Cub 50.
Super Cub bukan sahaja menonjol dari segi jualan tetapi juga merupakan simbol kesederhanaan, kebolehpercayaan dan mudah digunakan.
Honda Cub pertama kali diperkenalkan pada tahun 1958, sekali gus menjadi model yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian orang di seluruh dunia, bukan sahaja di Jepun tetapi juga di banyak negara lain, termasuk Malaysia.
Buat masa ini, Honda Japan masih menjual motosikal dan skuter bawah 50cc seperti Super Cub, Cross Cub, skuter Benly dan scrambler kanak-kanak CRF50F.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY6294
SELANGOR
BSV1572
JOHOR
JH4833J
PULAU PINANG
PSH4357
PERAK
APN304
PAHANG
CFJ4206
KEDAH
KGJ8452
NEGERI SEMBILAN
NEM6053
KOTA KINABALU
SJV2073
KUCHING
QAB328Q
Terakhir Kemas Kini 17 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi, Honda & Nissan Bergabung, Sasar Kembali Kuasai Pasaran Automotif
Syarikat automotif Jepun, Mitsubishi Motors bakal menyertai pakatan Honda Motor-Nissan Motor.
29-07-2024
Berita Terkini
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447
Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.
16-11-2026
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge