J7 Akan Dilancar Pada 19 Julai

Jaecoo Malaysia melancarkan Pusat Pengedar 3S pertamanya yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.
Pusat pengedar itu akan dikendalikan oleh ES Premium Holdings Sdn Bhd dan 34 outlet juga akan dibuka di kawasan lain dalam beberapa bulan lagi.

Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek berkata, pihaknya cukup teruja melancarkan pusat pengedar itu di tengah-tengah Glenmarie.
“Ini sekali gus membuktikan kesediaan JAECOO untuk memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia.
“Pelaburan kami di pusat pengedar Glenmarie yang bernilai RM5.5 juta, merupakan petunjuk komitmen kami untuk mengembangkan pasaran SUV off-road premium untuk jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan.


Fasiliti itu yang dibina di atas tanah keluasan 40,000 kaki persegi menawarkan khidmat selepas jualan, penyimpanan alat ganti dan bermacam-macam lagi.
Pusat pengedar ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang istirehat, terdapat surau, ruang minum kopi selain sambugan internet .


Difahamkan, fasiliti ini mampu melakukan penyelenggaran 500 kenderaan kemudahan sebulan yang akan dikendalikan oleh juruteknik terlatih.
Selain itu, ada juga ruang untuk pameran barisan kenderaan elektrik Jaecoo yang akan dipamerkan dalam tempoh terdekat ini.
Menurut Jaecoo Malaysia, sebaik sahaja kesemua 35 pengedar dilancarkan, rangkaian perkhidmatan Jaecoo akan mempunyai kira-kira 180 ruang servis di seluruh negara.

Rangkaian pengedar Jaecoo Malaysia disokong oleh gudang alat ganti kereta dan kilang pengeluaran yang dilancarkan baru-baru ini di Shah Alam.
Apa yang cukup menarik ialah Jaecoo J7 akan menjadi model pemasangan tempatan (CKD) yang pertama di Malaysia dan ASEAN.
Pelancaran J7 akan bermula selama tiga hari bermula dari 19 - 21 Julai di Pusat 3S yang terletak di Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Shah Alam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi
Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.
27-10-2025
Jaecoo J7 PHEV Buktikan Mampu Redah Perjalanan 1,300 KM Dengan 1 Isian Minyak, Cas Penuh!
Jaecoo J7 PHEV berjaya melepasi jangkaan apabila berjaya melakukan perjalanan sejauh 1,300 kilometer dengan satu isian minyak dan hanya sekali cas penuh.
18-10-2024
Jenama Jaecoo Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia
Jaecoo Malaysia yakin bahawa jentera off-road, Jaecoo J7 dan Jaecoo J8 akan diterima baik oleh rakyat di negara ini.
18-03-2024
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei
Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.
20-01-2026
Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir
Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.
06-01-2026
Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800
Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
18-07-2025
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

