ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kia EV9 2024 Dilancarkan Di TRX, Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 505 KM, Dari RM369K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-06-11-at-5.30.44-PM.jpeg


Kia EV9 telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi untuk pasaran Malaysia di The Exchange TRX.


Selepas sebulan ia dipertontonkan secara eksklusif buat pertama kali di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd hari ini membawa Kia EV9 2024 ke The Exchange TRX untuk kemunculan umum pertamanya dan juga pelancaran rasminya di negara ini. 


Kia EV9 2024 merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV) keduanya di pasaran kita yang ditawarkan dalam dua varian iaitu EV9 GT-Line tujuh tempat duduk dan EV9 GT-Line enam tempat duduk, model ini kini boleh ditempah dengan harga yang bermula daripada RM369,668.00, atas jalan, tanpa insurans.


TRENKUASA KIA EV9 2024


Kia-EV9---Exterior-05.jpg


Dibangunkan berdasarkan Electric Global Modular Platform (E-GMP), EV9 merupakan model kedua yang menggunakan platform ini, menampilkan teknologi bateri generasi keempat dengan ketumpatan tenaga yang dipertingkat. 


EV9 dikuasakan oleh bateri berkapasiti 99.8 kWj yang dipadankan dengan dua motor elektrik untuk menggerakkan gandar depan dan belakang kenderaan (AWD) pada output 380 hp dan 700 Nm. Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 505 kmBateri boleh dicas dengan pengecas DC 350 kW daripada 10-80% dalam masaa sepantas 24 minit. 


Kia-EV9---DC-Charging.jpgKia-EV9---V2L.jpg


Ia menggunakan sistem pengecasan unit kawalan pengecas terintegrasi (ICCU) yang membolehkan fungsi pengecasan vehicle-to-load (V2L) untuk pengecasan peralatan elektrik menggunakan bateri kenderaan sehingga 3.6 kWj. 


REKAAN KIA EV9 2024


Kia-EV9-Awards.jpg


Model yang kini ditawarkan di Malaysia bukanlah model yang boleh dipandang sebelah mata kerana ia telah merangkul pelbagai anugerah berprestij antarabangsa termasuk Anugerah Kereta Terbaik Dunia 2024 dan Anugerah Yang Terbaik Daripada Yang Terbaik oleh Red Dot Award: Product Design 2024.



Kia-EV9---Exterior-02.jpg

web_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-2.jpgweb_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-7.jpg


Dari segi dimensi, Kia EV9 berukuran 5,010 mm (panjang), 1,980 mm (lebar) dan 1,755 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 3,100 mm.


Antara yang menarik pada Kia EV9 adalah penggunaan lampu yang menegak di bahagian hadapan dan rekaan “Digital Tiger Face” yang diserlahkan oleh unsur canggih iaitu gril cahaya bercorak digital (Digital Pattern Lighting Grille). 


web_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-30.jpgweb_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-5.jpg


Selain itu, lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu belakang Star Map yang menghasilkan corak pencahayaan sofistikated menyerlahkan lagi model ini. Ciri lain di bahagian luar Kia EV9 ialah penggunaan rim aloi berukuran 21 inci. 


Reka bentuk futuristik dan rangginya bukan sekadar menarik dilihat, tetapi memberikan ciri aerodinamik  dengan pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.28 cd.


KABIN KIA EV9 2024


web_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-23.jpgweb_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-26.jpgweb_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-17.jpgweb_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-18.jpg


Bergerak masuk ke bahagian dalam kabinnya, anda akan disajikan dengan satu ruang yang cukup selesa dan luas, sarat dengan teknologi canggih. Model ini menggunakan dua skrin sentuh berukuran 12.3 inci, yang mana sistem infotainmennya boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem hiburan ini dilengkapkan dengan sistem audio Meridian® 14 speaker. Kemudahan lain ialah pad pengecas tanpa wayar, port pengecas USB-C dan pencahayaan ambien. 


web_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-34.jpgweb_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-20.jpg


Kia EV9 enam tempat duduk (kiri) dan tujuh tempat duduk (kanan).


Bukan itu sahaja, menurut laman web rasmi Kia , model ini diberikan kaca akustik yang membantu membuatkan ruang  kabin kekal senyap pada tahap 58.2 desibel semasa meluncur di lebuh raya.


TEKNOLOGI KESELAMATAN KIA EV9 2024


Kia-EV9---Surround-View-Monitor.jpg


Kia EV9 dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan standard yang termasuk 10 beg udara SRS (pemandu depan & penumpang, lutut pemandu, sisi, tirai dan sisi tengah), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Bantuan Keluar dengan Selamat (SEA) yang memberikan amaran dan mengunci pintu jika kenderaan yang mendekati dari belakang dikesan dalam titik buta. Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Amaran Penumpang Belakang (ROA), cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak dan Bantuan Mula-Daki (HAC).


Kia-EV9---Smart-Cruise-Control.jpg


Ciri Keselamatan Canggih (ADAS) EV9 termasuk Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Bantuan Pengelak Pelanggaran Parkir PCA), Bantuan Pengelak Pelanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Lintasan Trafik Belakang (RCCA)  dan banyak lagi. 


PILIHAN WARNA, HARGA & TEMPAHAN KIA EV9 2024


Kia-EV9---Forward-Collision-Avoidance-Assist.jpg


Ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Ocean Blue, Snow White Pearl, Pebble Gray, Aurora Black Pearl dan Iceberg Green, Kia EV9 GT-Line kini boleh ditempah daripada mana-mana cawangan pengedaran Kia di Malaysia pada harga yang bermula daripada RM369,668.00 untuk versi tujuh tempat duduk dan daripada RM374,668.00 untuk versi enam tempat duduk. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans. 


web_launch_CariCarz_MA_Kia-EV9-GT-Line_-29.jpg


Pembelian adalah termasuk jaminan pengeluar selama 5 tahun atau 150,000 km (mana yang terlebih dahulu) dan juga jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km (mana yang terlebih dahulu). 


Tempahan sesi pandu uji boleh dibuat secara dalam talian di  www.kia.com/my.


Anda juga boleh menyaksikan model ini dengan lebih dekat di Central Exchange, The Exchange TRX bermula esok, 12 hingga 16 Jun 2024 ini dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Baca: EV9 Bolot Anugerah World Car Of The Year, World Electric Vehicle

Kia-EV9-Launch-1.jpeg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM5604

SELANGOR

BSG7745

JOHOR

JYE5042

PULAU PINANG

PRT1080

PERAK

ANY7246

PAHANG

CFD721

KEDAH

KGB6454

NEGERI SEMBILAN

NEG6404

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8459L

Terakhir Kemas Kini 05 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Pandu Uji

14-01-2025
EV

22-11-2024
Berita Auto

24-06-2024
Kereta Baru

11-06-2024
Global
Kereta Baru

03-05-2024
EV

08-04-2024
Kereta Baru

05-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.