Mercedes-Benz GLA 250 4Matic 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM295,888
-full.jpg)
Mercedes-Benz GLA 250 4Matic kini di pasaran.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan ketersediaan Mercedes-Benz GLA 250 4Matic generasi kedua (H247) 2024 yang telah dikemaskini.
Pemasangan Tempatan di Pekan, Pahang
Dipasang secara tempatan (CKD) di kilang MBM di Pekan, Pahang, varian GLA 250 generasi kedua ini menampilkan banyak perubahan yang sama seperti sedan A250 4Matic generasi V177. Ini termasuk perubahan kepada trenkuasa hibrid ringkas (MHEV) yang baharu dan sedikit perubahan kosmetik.
Trenkuasa Baharu Mercedes-Benz GLA 250 4Matic 2024
Trenkuasa baharu terdiri daripada enjin petrol turbo 2.0-liter 4-silinder yang disokong oleh sistem MHEV starter-generator (BSG) 48-volt. Enjin ini menghasilkan 225 ps dan 350 Nm, manakala sistem MHEV menyalurkan kuasa tambahan sementara sebanyak 14 ps dan 150 Nm.
Penghantaran Kuasa Kepada Empat Roda
Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda melalui sistem pacuan semua roda (AWD) 4Matic Mercedes-Benz yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik dwi-klac 8-kelajuan (DCT). MBM memaklumkan bahawa GLA250 4Matic yang diperbaharui ini mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.8 saat.
Sentuhan Baharu Di Bahagian Luar Mercedes-Benz GLA 250 4Matic 2024
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Perubahan luaran termasuk bampar hadapan yang direka semula mirip model prestasi AMG, lampu depan dan belakang LED yang diperbaharui, elemen diffuser belakang baharu, serta roda lima jejari 19 inci yang lebih besar. Selain itu, varian GLA ini juga diberikan rotor brek sporty di sebalik rimnya.
Sentuhan Baharu Di Ruangan Kabin Mercedes-Benz GLA 250 4Matic 2024
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Di dalam kabin, GLA 250 4Matic yang telah dikemaskini ini tidak lagi dilengkapkan dengan pad kawalan sentuh kapasitif di bahagian tengah bawah. Paparan dua buah skrin berukuran 10.25 inci kini menggunakan pakej infotainmen MBUX yang terkini.
Elemen AMG Line Mercedes-Benz GLA 250 4Matic 2024
Diberikan sentuhan sporty AMG Line MBM, varian ini turut menerima tempat duduk sport untuk barisan hadapan yang boleh dilaraskans secara automatik dengan fungsi memori. Tempat duduk ini diberikan upholsteri kombinasi kulit tiruan Artico dan mikrofiber. Ciri menarik lain yang dapat dilihat ialah kemasan brushed aluminium, pedal aloi, sudut dalam bahagian bumbung yang berwarna hitam dan ambang sisi yang bercahaya.
Kelengkapan Standard Mercedes-Benz GLA 250 4Matic 2024
Kelengkapan standard termasuk rel bumbung, sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, pencahayaan ambien 64 warna, pad pengecas tanpa wayar, kawalan pendingin hawa automatik zon tunggal, bukaan but belakang automatik, serta sistem audio dengan enam speaker.
Sistem Bantuan Pemandu Mercedes-Benz GLA 250 4Matic 2024
Untuk bantuan pemandu aktif (ADAS), GLA 250 4Matic kali ini dilengkapi dengan sistem AEB, BSM, amaran bukaan pintu, serta bantuan parkir, yang didatangkan dengan ciri keselamatan standard lain seperti tujuh beg udara dan kawalan kestabilan.
Harga dan Waranti Mercedes-Benz GLA 250 4Matic 2024
-full.jpg)
Bagi yang berminat, GLA 250 4Matic yang telah dikemaskini ini ditawarkan pada harga RM295,888, iaitu RM37,000 lebih tinggi daripada GLA 200. Harga ini termasuk waranti MBM selama 4 tahun tanpa had perbatuan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge