Pengeluaran Volvo S60 Dihentikan Di AS Bulan Ini, Tak Selaris Pesaing Lain

Walaupun mencatatkan peningkatan jualan di pasaran Amerika Utara, pengeluaran sedan Volvo S60 di kilang Volvo di Ridgeville, South Carolina, akan ditamatkan pada akhir bulan ini. Ini disahkan oleh sumber dalaman yang dipetik oleh beberapa penerbitan Amerika Syarikat.
Baca: Volvo Catat Rekod Jualan Global Terbaru, Lebih 708K Terjual! Ini Dia Model Yang Terlaris...
Fokus Terhadap Model Baharu
"Selepas lima tahun, Volvo Cars akan menamatkan pengeluaran sedan S60 di Ridgeville, South Carolina pada akhir Jun 2024 untuk pasaran AS dan beberapa pasaran lain bagi memberi tumpuan kepada EX90 yang serba baharu," kata jurucakap Volvo kepada Motor1.com.
S60, yang kini ditawarkan di pasaran dalam generasi ketiga, merupakan model sedan pertama yang dihasilkan di kilang Volvo di South Carolina ketika ia diperkenalkan pada tahun 2019. Penamatan ini disebabkan oleh kadar jualan yang rendah berbanding pesaingnya, dengan jualan tahunan sekitar 10,000 hingga 12,000 unit.
Memberi Ruang Kepada Model Yang Lebih Laris
Turut didedahkan, penamatan pengeluaran S60 akan memberi ruang untuk penghasilan model yang lebih menguntungkan di kilang tersebut, terutamanya SUV elektrik EX90 yang baharu. Selain mengesahkan penamatan pengeluaran, Volvo tidak memberikan maklumat lanjut mengenai pengganti S60.
Volvo S60 Di Pasaran Lain
-full.jpg)
Walaupun penamatan pengeluaran S60 di Amerika Syarikat mungkin menjejaskan ketersediaan dan jualan model tersebut di Amerika Utara dan pasaran berkaitan, pengeluarannya di lokasi lain masih diteruskan seperti biasa. Volvo kini mengeluarkan S60 di Sweden dan China, dan memasangnya secara tempatan (CKD) di Malaysia.
Volvo S60 Di Malaysia

-full.jpg)
Di Malaysia, S60 telah diberikan kemas kini besar-besaran yang dilancarkan pada September 2023 bersama dengan model hibrid plug-in (PHEV) Volvo yang lain ( V60, S90, XC60, dan XC90). Antara ciri diberikan adalah termasuk penggunaan pengecas on-board 6.4 kW yang lebih pantas serta banyak lagi kemudahan baharu lain.
Volvo Car Malaysia kini menawarkan S60 dalam versi PHEV ‘Recharge’ yang menggunakan enjin petrol turbo 2.0 liter 4 silinder, dipasangkan dengan motor elektrik dan bateri 19 kWj. Gabungan ini menghasilkan kuasa 462 hp dan 709 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.5 saat, dengan jarak perjalanan elektrik sejauh 90 km.
Baca: Volvo C40 Recharge Dikemaskini – Bateri Lebih Berkuasa, Jarak Lebih Jauh
Harga dan Jaminan
Pesaing kepada BMW 330e dan Mercedes-Benz C350e ini dijual pada harga RM315,888 atas jalan, tanpa insurans. Pembelian adalah termasuk jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan serta jaminan berasingan selama 8 tahun atau 160,000 km untuk bateri PHEV.
Baca: Kami Dah Uji Banyak EV, Ini 5 Model Yang Terbaik
Baca: Ini Senarai 6 EV Terbaik Dilancarkan Di Malaysia Pada Tahun 2023 – Anda Setuju?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat