Ini Senarai 6 EV Terbaik Dilancarkan Di Malaysia Pada Tahun 2023 – Anda Setuju?
Tahun 2023 merupakan tahun yang positif bagi kenderaan elektrik (EV) dengan jumlah jualan EV yang dijangka dua kali ganda lebih. tinggi berbanding tahun 2022 dan kedatangan jenama-jenama baharu di pasaran, memberikan pembeli lebih banyak pilihan.
Selepas meneliti senarai panjang EV yang telah dilancarkan tahun ini, kami menyenaraikan ENAM EV baharu yang paling menarik di pasaran. Teruskan membaca…
1. BYD Dolphin
Aura kedatangan BYD di Malaysia cukup dirasai disebabkan kerjasamanya dengan Sime Darby Motors walaupun memasuki pasaran agak lewat iaitu pada suku akhir tahun 2022. Momentum jenama ini terus berkembang dengan pengenalan BYD Dolphin pada bulan Ogos.
Dalam pasaran yang didominasi oleh SUV, BYD mengambil langkah berani dengan memperkenalkan hatchback sifar emisi bersaiz kompak seperti Myvi.
Model yang dijual pada harga RM100,000 ini menjadikan BYD Dolphin sebagai salah satu pilihan EV yang ditawarkan pada harga paling murah di pasaran. Walaupun tidak memiliki jarak pemanduan yang jauh, ruang yang besar dan sistem pengecasan pantas, pada harga tersebut, pembeli dapat memandu di dalam sebuah kereta yang bergaya, padat dengan teknologi canggih dan yang paling penting ‘mesra alam.’
2. smart #1
Ditawarkan dalam tiga varian iaitu Pro, Premium, dan Brabus, smart #1 ditawarkan pada harga antara RM189,000 hingga RM249,000. Mahal? Harga jualan ini sebenarnya berbaloi memandangkan senarai kit standardnya cukup panjang, apatah lagi untuk varian paling tinggi, Brabus.
Tidak cukup dengan itu, reka bentuknya juga menyerlahkan ciri premium yang ditawarkan. Untuk pengetahuan pembaca, reka bentuk smart #1 telah dihasilkan oleh Mercedes, dan dibangunkan di atas platform EV SEA milik Geely yang turut digunakan untuk menghasilkan EV daripada jenama ternama lain seperti Volvo EX30, Polestar 4 dan EV hyper, Lotus Eletre.
Penggunaan platform yang sama seperti model-model hebat lain bermaksud ini bukanlah platform ‘biasa-biasa,’ dan ini dicerminkan melalui prestasi dan jarak EV yang mampu dicapai oleh smart #1. Terbukti, ini merupakan sebuah EV premium yang terbaik boleh didapati di pasaran. Dengan kualiti yang setanding, jenama lain dijual pada harga hampir RM300,000.
3. Lotus Eletre
Mungkin ini pelancaran yang paling ‘legend’ pada tahun 2023. Lotus bukan sahaja telah melancarkan model EV pertamanya tapi juga SUV pertama bagi jenama mewah tersebut.
Salah satu kereta dengan prestasi tertinggi di dunia, Lotus Eletre menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor yang memberikannya kuasa 905 HP dan tork 985 NM. Kuasa ini membolehkan kereta membuat pecutan abad dalam tempoh kurang 3 saat iaitu 2.95 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 265 KM/J.
Eletre merupakan sebuah SUV dengan ruang yang luas memberikan keselesaan maksimum kepada semua penumpang. Selain itu, ia dilengkapkan dengan pelbagai kelengkapan dan teknologi canggih.
Dijual pada harga antara RM698,000 hingga RM838,000, ini juga adalah salah satu EV 'termurah' dengan prestasi tahap hypercar yang ditawarkan di pasaran.
4. Audi e-tron GT
Audi e-tron GT adalah salah satu EV yang paling menawan ditawarkan di pasaran kita pada tahun 2023. Terlalu menawan sehingga menjadi kereta pilihan Tony Stark atau Iron Man. Model elektrik daripada Audi ini diberikan sentuhan yang agak berbeza berbanding rekaan GT empat pintu biasa.
Hanya dua varian e-tron GT ditawarkan iaitu versi standard , e-tron GT Quattro dan versi berprestasi tinggi, e-tron GT RS. Kehadiran e-tron GT di pasaran menawarkan alternatif lain kepada pembeli selain EV mewah seperti Porsche Taycan yang turut ditawarkan dalam lingkungan harga antara RM597,990 dan RM787,990.
5. BMW i5
Keputusan BMW Malaysia untuk memperkenalkan 5 Series generasi ke-8 dalam versi elektrik terlebih dahulu agak mengejutkan. Pengenalan model i5 yang lebih cepat untuk pasaran negara berbanding masa yang diambil untuk melancarkan model flagship i7 juga merupakan satu kejutan.
Walaupun masih terlalu awal untuk kita ketahui sejauh mana kejayaan i5 di pasaran kita, sumber dalaman mendedahkan bahawa sambutan awalnya sangat menggalakkan. Ini merupakan satu kejayaan yang besar untuk BMW Malaysia memandangkan syarikat itu telah melancarkan i5 tidak lama selepas jenama EV terkenal daripada Amerika Syarikat membuat kemunculan di negara kita.
6. Rolls-Royce Spectre
Jenama mewah lain yang telah melancarkan model EV pertamanya pada tahun 2023 ialah Rolls-Royce dengan pelancaran Spectre. Kereta untuk golongan dengan kekayaan tinggi atau high-net-worth individual (HNWI) ini ditawarkan dengan bentuk badan yang memukau dan sofistikated.
Pelancaran Spectre diadakan pada waktu yang tepat memandangkan kerajaan kini menawarkan insentif dan pengecualian cukai untuk EV import sehingga penghujung 2025. Ini secara tidak langsung menjadikan Spectre salah satu model yang cukup ‘murah’ jika dibandingkan dengan model Rolls-Royce yang lain.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM8257
SELANGOR
BSG8453
JOHOR
JYE6362
PULAU PINANG
PRT1721
PERAK
ANY8521
PAHANG
CFD1278
KEDAH
KGB6823
NEGERI SEMBILAN
NEG6617
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8707L
Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.94
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.14
+0.03
Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025
Berita Berkaitan
Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia
BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
14-07-2025
BYD Ambil Alih Hak Pengedaran Di Australia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?
BYD telah melebarkan sayapnya ke luar negara dengan mengambil alih kawalan import dan hak pengedaran kenderaan mereka di Australia.
29-05-2025
BYD Dolphin 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Canggih, Cas DC 100 kW, God’s Eye
Kenderaan elektrik (EV) BYD Dolphin diberikan sentuhan baharu buat kali kedua dengan pelancaran model tahun 2025 (MY2025) di pasaran China.
06-03-2025
BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors
Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.
02-10-2024
BYD Dolphin Versi Baharu, Lebih Murah, Boleh Gerak Lebih Jauh
Syarikat BYD sudah mengeluarkan versi BYD Dolphin yang sudah dinaik taraf di tanah airnya sendiri.
27-02-2024
Sime Darby Beyond Auto Terajui Pasaran EV Sebab ATTO 3, Dolphin
Rakyat Malaysia cukup meminati BYD Atto 3 disebabkan harganya yang berpatutan.
31-01-2024
BYD Dedah Rancangan Pasaran Indonesia – 3 Model EV, Kilang RM6.1 Bilion, 50 Cawangan
BYD, semalam telah mendedahkan rancangan bagi pasaran Indonesia. Ini perinciannya...
19-01-2024
Berita Terkini
Xpeng P7 Pula Didedah, 586 HP, Macho Habis!
Model generasi kedua Xpeng P7 yang dinanti-nantikan akhirnya membuat penampilan sulungnya di China, baru-baru ini.
07-08-2025
BMW iX3 Neue Klasse Guna Teknologi eDrive Gen6 – Capai 800 KM, Cas 10 Minit Untuk 350 KM
BMW bersedia untuk memperkenalkan model elektrik terbarunya kepada dunia, iX3 generasi seterusnya di IAA Mobility atau Munich Motor Show 2025.
07-08-2025
Kembar Tak Serupa, Geely EX5 Pula Didedah Di Nepal
Hanya beberapa bulan lalu selepas Proton melancarkan Proton e.MAS 7 di Nepal, rakan kongsinya Geely pula memperkenalkan EX5 di negara terbabit.
07-08-2025
Mercedes-Benz GLC With EQ Tech: Gaya Futuristik Yang Menawan
Mercedes-Benz bakal memperkenalkan model GLC generasi seterusnya dengan teknologi elektrik, dinamakan ‘Mercedes-Benz GLC with EQ Technology’.
06-08-2025
JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?
JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.
03-08-2025
MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?
Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.
31-07-2025
Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti
Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.
30-07-2025
Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?
Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.
30-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat