Penghantaran Pertama Juga Akan Dibuat Pada Bulan Depan

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengesahkan pihakny akan melancarkan SUV 4X4 terbaharunya, GWM Tank 300 pada Julai ini.
Jentera itu sudah pun ditayangkan pada umum sempena pameran Auto Malaysia 2024 dimana ia membuka tempahan awal pada harga sekitar RM250,000.
Untuk makluman, GWM turut mengesahkan rancangan untuk memulakan penghantaran awal pada masa yang sama selain akan menawarkan ada ganjaran istimewa menanti penerima awal nanti.
Khusus untuk 300 pelanggan pertama GWM Tank 300, GWM Malaysia akan menawarkan pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun atau 100,000 KM, waranti Enjin & Transmisi seumur hidup dengan perbatuan tanpa had (terhad kepada pemilik tangan pertama), serta ganjaran misteri yang akan diumumkan pada acara pelancaran model itu.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi berkata, pihaknya cukup yakin dengan kualiti produk mereka .
“Kami juga akan menawarkan perkhidmatan yang luar biasa dimana ia menjadi amalan teras jenama GWM untuk memberi kepuasan dan kepercayaan pelanggan.

Unit yang diimport sepenuhnya dari China dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder yang mampu menghasilkan kuasa setakat 220 PS dan tork 380 Nm.
SUV 4x4 ini yang dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda (4WD) dwi-kelajuan, dikawal secara elektronik, membolehkan penukaran lancar antara mod pacuan dua roda (2WD) dan pacuan empat roda (4WD).


Dengan badan berkekuatan ultra tinggi seberat 1500 MPa, ia boleh mengendalikan sudut tanjakan 23.1°, manakala kebolehgredan maksimum ialah 70%.
SUV ini mampu meredah air sedalam 700 mm.
Keupayaan Tank 300 ini membuatkanya ia menduduki jenama SUV No. 1 di China selama 39 bulan berturut-turut.
Tank 300 ini juga dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan Tahap 2 (L2), termasuk Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Bantuan Lebuhraya (HWA) dan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci yang turut menyokong sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.
Tidak ketinggalan, Tank 300 turut menampilkan ciri keselamatan seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan pandangan 360 darjah.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1069
SELANGOR
BSU2754
JOHOR
JF3685J
PULAU PINANG
PSG2043
PERAK
APL9680
PAHANG
CFH9447
KEDAH
KGJ3764
NEGERI SEMBILAN
NEM2079
KOTA KINABALU
SJU4490
KUCHING
QAB7220P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge