PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
PROTON secara rasmi memperkenalkan 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 ke pasaran Sabah menerusi pameran khas yang diadakan di City Mall, Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Model sedan terbaharu ini membawakan pelbagai ciri moden khusus untuk pengguna di Malaysia Timur pada harga bermula dari RM58,800.
Pelancaran ini menandakan langkah strategik PROTON dalam memperkukuh kedudukan mereka di rantau ini. Ia susulan pengenalan rasminya di Semenanjung Malaysia pada 22 September lalu.
Lonjakan Pasaran dan Sokongan Komuniti di Sabah
Sabah terus membuktikan kepentingannya sebagai pasaran utama untuk jenama PROTON. Sejak tahun 2018, jumlah jualan di negeri ini melonjak sebanyak 206.4% iaitu daripada 3,427 unit kepada 10,499 unit pada tahun 2026.
Bahagian pasaran turut mencatatkan kenaikan memberangsangkan daripada 5% kepada 10%. Pertumbuhan ini didorong oleh keyakinan tinggi masyarakat tempatan terhadap kualiti kenderaan nasional.
“Sabah terus menjadi pasaran penting bagi PROTON, dan kami berbesar hati untuk membawa 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 lebih dekat kepada komuniti Sabah. Seiring dengan pertumbuhan jumlah pelanggan, kami turut memperkukuh rangkaian, tenaga kerja dan keupayaan selepas jualan yang menyokong pengalaman pemilikan pelanggan.
“Pengenalan ini memberi peluang kepada pelanggan di Sabah untuk merasai sendiri 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, selain mengukuhkan komitmen PROTON untuk terus mendekati komuniti yang kami berikan perkhidmatan,” kata Datuk Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.
Infrastruktur Selepas Jualan Lebih Mantap
Bagi memastikan kepuasan pelanggan terjamin, PROTON kini melengkapkan Sabah dengan 12 pusat servis sah. Rangkaian ini disokong oleh tenaga kerja mahir serta alat ganti tulen.
Keberadaan PROTON Regional Parts Centre di Inanam , Kota Kinabalu turut membantu mengurangkan tempoh menunggu alat ganti sehingga 30%. Ini memberikan ketenangan minda kepada setiap pemilik kenderaan.
Spesifikasi dan Ciri Keselamatan Terunggul
2026 PROTON S70 i-GT 1.5 hadir dalam dua varian iaitu Lite dan Prime. Model ini digerakkan oleh enjin aspirasi semula jadi 1.5 liter yang dipadankan bersama transmisi CVT dan torque converter.
Antara tarikan utama termasuklah ruang kabin terluas dalam kelasnya serta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Aspek keselamatan juga dipertingkatkan menerusi sistem Rear Side Radar dan pelbagai fungsi amaran pintar.
2026 PROTON S70 i-GT 1.5 menawarkan 10 ciri terunggul dalam kelasnya merangkumi aspek ruang dan keselesaan, kemudahan dan ketersambungan, serta keselamatan.
Kedua-dua varian Lite dan Prime turut dilengkapi panel instrumen kemasan lembut yang luas sebagai kelengkapan standard.
Dari segi kemudahan dan ketersambungan, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 dilengkapi Electric Parking Brake dengan Auto Brake Hold, Key Remote Engine Start serta fungsi Auto Up/Down dengan Anti-Trap untuk semua tingkap.
Bagaimanapun, sambungan Apple CarPlay© dan Android AutoTM tanpa wayar juga tersedia untuk kedua-dua varian mulai Oktober 2026.
Bagi keselamatan, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 dilengkapi Rear Side Radar System, lima fungsi yang merangkumi Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert, Door Opening Warning dan Rear Collision Warning. Reverse Camera dan Rear Seat Reminder turut menjadi kelengkapan standard bagi kedua-dua varian Lite dan Prime.
Sambutan Menggalakkan
Sambutan awal terhadap model ini amat membanggakan apabila berjaya meraih lebih 10,000 tempahan dalam tempoh 14 hari pertama. Purata ini bersamaan dengan satu tempahan setiap dua minit.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)
Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.
07-09-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Proton S70 2026 Raih 7,157 Tempahan
Permintaan terhadap Proton S70 terus menunjukkan momentum kukuh apabila 7,157 tempahan awal diterima sejak tempahan bagi model Proton S70 2026 dibuka pada 11 Februari lalu.
13-03-2026
Berita Terkini
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


