ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian Kepada Semua Pengusaha Minyak!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mana-mana pengusaha minyak di negara ini yang dikesan menjual minyak RON95 kepada warga asing sebenarnya boleh didenda sehingga RM1 juta.

Itu kata Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar selepas pihaknya menyerbu sebuah stesen minyak di Masjid Tanah, Melaka yang menjual RON95 kepada warga asing.

Kegiatan itu terbongkar selepas rakaman video tular di media sosial pada 16 Jun lalu yang mencetus pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Video tular itu memperlihatkan seorang individu yang menaiki kenderaan bernombor pendaftaran dipercayai dari negara jiran mengisi petrol bersubsidi.

"Kesalahan ini boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang mana jika didapati bersalah pengusaha stesen minyak berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Tindakan kes dibuat selaras dengan arahan yang dikuatkuasakan pada 17 Jun 2022 yang membabitkan larangan penjualan petrol RON95 kepada semua kenderaan bernombor pendaftaran asing," katanya.

Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQD6251

SELANGOR

BSK8460

JOHOR

JYM7844

PULAU PINANG

PRW5639

PERAK

APD3739

PAHANG

CFE4586

KEDAH

KGD4342

NEGERI SEMBILAN

NEH8960

KOTA KINABALU

SJP2851

KUCHING

QAB7425M

Terakhir Kemas Kini 16 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.

04-09-2025
Berita Auto

Kerajaan Tangguh Label Penandaan Minyak Enjin Hingga Okt 2025

Atas beberapa kekangan teknikal, langkah itu ditangguh selama enam bulan lagi.

14-04-2025
Berita Auto

JPJ Perhalusi Syarat Tambahan Pemeriksaan Kenderaan, Salah Satu Tayar

Pelabelan tayar akan menjadi salah satu syarat untuk mendapatkan kelulusan pemeriksaan kenderaan.

14-02-2025
Berita Auto

Taktik Guna Logo Nelayan Tak Menjadi, Lori Tangki Haram Ditahan

Guna taktik menyamar sebagai kenderaan nelayan dengan menampal logo Persatuan Nelayan Kebangsaan dan logo subsidi nelayan.

11-02-2025
Berita Auto

580 Kenderaan Asing Isi Minyak Petrol, Diesel Banyak Kali Dalam Sehari

Sebanyak 580 kenderaan berpendaftaran asing mengisi minyak di sebuah stesen minyak berulang kali di sempadan Malaysia-Thailand.

23-10-2024
Berita Auto

RON95 Masih Diseludup & Dijual Secara Terbuka Di Thailand

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis mengesahkan terdapat aktiviti penyeludupan petrol bersubsidi ke Selatan Thailand.

18-10-2024
Berita Auto

Pengeluaran 'Fleet Card' Perlu Dipercepat, KPDN, Syarikat Minyak Bincang Isu Kelewatan

KPDN akan mengadakan pertemuan dengan lima syarikat stesen minyak.

14-07-2024
Berita Auto

Pelik Tapi Benar: Seleweng Minyak Walaupun Ada Lesen Pemborong

Cubaan menyeleweng 6,130 liter minyak diesel dan petrol berjaya ditumpaskan.

08-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.

15-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025
Berita Auto

Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, Ipoh, malam tadi.

15-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.

15-12-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk

Kerajaan tidak berhasrat untuk menaik taraf Lebuhraya Persekutuan kerana melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset.

15-12-2025
Berita Auto

Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai Motor Malaysia dan EONtelah menandatangani Surat Hasrat untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang,.

15-12-2025
Berita Auto

JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter

Peranti itu akan diberi keutamaan bagi penugasan Bahagian Penguatkuasa dan petugas di kaunter.

14-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.