- Berita
- Berita Auto
- Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan
Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai Motor Malaysia (HMY) dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) telah menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent, LOI), untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Difahamkan kedua-dua cawangan baharu akan siap pada separuh pertama 2026.
Bagaimanapun, kedua-dua lokasi ini dikenal pasti berdasarkan potensi pasaran yang kukuh, minat pelanggan yang meningkat, dan trend peningkatan penggunaan kenderaan hibrid, menjadikannya hab keutamaan bagi portfolio Hyundai yang semakin berkembang.
Cawangan pengedar baharu ini akan menyokong hasrat Hyundai untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan dengan menyediakan kemudahan jualan, servis dan perkhidmatan selepas jualan lebih dekat dengan kawasan penduduk ramai.
Pada masa sama, kerjasama ini akan meluaskan jangkauan Hyundai kepada segmen pelanggan baharu serta menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti lebih selamat, pintar dan mampan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen, berkata kerjasama itu bukan sahaja bertujuan meluaskan perniagaan tetapi juga membina kepercayaan dan nilai jangka panjang untuk rakyat Malaysia.

"Kami menghargai EON kerana menyertai kami dalam perjalanan ini memandangkan reputasi mereka yang mantap dan operasi di seluruh negara menjadikan mereka rakan kongsi penting. Melalui kerjasama ini, kami menggabungkan inovasi global dengan kepakaran tempatan untuk menyediakan akses lebih baik, kecemerlangan perkhidmatan dan rangkaian jualan yang boleh berkembang secara mampan," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6224
SELANGOR
BSU9073
JOHOR
JH1375J
PULAU PINANG
PSH2836
PERAK
APM7835
PAHANG
CFJ3612
KEDAH
KGJ7437
NEGERI SEMBILAN
NEM5351
KOTA KINABALU
SJV931
KUCHING
QAB9610P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama: Tawar Rebat Hingga RM36,000
Setahun Di Malaysia, Hyundai Manjakan Pelanggan Dengan Kempen 'Durian Runtuh Berganda-ganda'.
07-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching
Hyundai Motor Malaysia dengan kerjasama Heng Lian Enterprise Bhd, membuka cawangan Pusat 3S Hyundai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
30-06-2026
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia
HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.
10-02-2026
Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.
Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.
17-10-2025
Berita Terkini
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
