Petron Rinching Kumpul E-Sisa Secara Pandu Lalu

Dari kiri: Ketua Pegawai Operasi TM Enviro Industries Sdn Bhd, Kanageshwaranabhan A/L Padmanabhan, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Puan Nor Aziah Jaafar, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, YB Puan Jamaliah Jamaluddin dan Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek.
Petron Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada Sabtu lalu, telah melancarkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik & Elektronik (e-sisa). Program tersebut yang diadakan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 telah dilaksanakan dengan tujuan untuk mempromosikan tabiat kitar semula atau pelupusan e-sisa yang betul dalam komuniti.
Kempen ini dirasmikan oleh Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Puan Nor Aziah Jaafar dan Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Puan Shaliza Mohd Sidek di Stesen Minyak Petron Rinching, Semenyih pada 22 Jun 2024 lalu.
Kesedaran Mengenai Pengurusan E-Sisa

YB Puan Jamaliah menekankan kepentingan menguruskan e-sisa dengan bertanggungjawab untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar dan kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Beliau memuji usaha Petron dalam menjadikan projek perintis ini berjaya dan berharap inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pengurusan e-sisa yang baik.
“Saya berharap inisiatif ini dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga Selangor tentang tanggungjawab memelihara alam sekitar melalui pengurusan e-waste yang baik, sekaligus dijadikan sebagai satu gaya hidup dan budaya,” katanya.
Penglibatan Orang Ramai

Sempena program ini, orang ramai telah menghantar e-sisa secara pandu lalu ke stesen minyak Petron Rinching.
Orang ramai, terutamanya penduduk di sekitar Semenyih telah membawa barangan elektronik dan elektrik yang sudah tidak digunakan ke lokasi kempen ini dijalankan, Petron Rinching pada hari Sabtu lalu, dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Di sini JAS telah melantik sebuah syarikat pelupusan e-sisa yang berlesen untuk menukarkan e-sisa dengan wang tunai dan menguruskan pengumpulan e-sisa dengan betul.
Kakitangan Petron dari pelbagai lokasi, termasuk Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan Kilang Penapis Port Dickson, turut mengambil bahagian dalam inisiatif kutipan e-sisa ini.
Kepentingan Tabiat Pelupusan E-Sisa yang Bertanggungjawab
Menurut Pengarah JAS Selangor, Pn Nor Aziah binti Jaafar, e-sisa merupakan aliran sisa pepejal yang paling cepat berkembang di dunia. Beliau menggesa orang ramai untuk melupuskan e-sisa mereka secara bertanggungjawab menggunakan titik pengumpulan yang ditetapkan atau kemudahan kitar semula untuk mengurangkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.
“E-sisa akan menjadi bahan pencemar yang amat teruk, di mana ia mampu memberi impak yang sangat negatif kepada kesihatan orang ramai. Terutamanya di kawasan yang terdedah kerana ia boleh mengambil masa ribuan tahun untuk dilupuskan,” ujarnya.
Komitmen Petron Terhadap Ekonomi Kitaran
Petron berusaha untuk mengamalkan Ekonomi Kitaran dengan menggalakkan penggunaan sumber yang bertanggungjawab dan meminimumkan impak terhadap alam sekitar melalui pengurusan sisa yang cekap. Inisiatif ini selari dengan komitmen Petron terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 12: Tanggungjawab terhadap Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, dan SDG 17: Perkongsian Untuk Matlamat.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Petron Catat Untung Bersih 3 Kali Ganda Walaupun Harga Minyak Menjunam
Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mengekalkan prestasi kewangan kukuh pada suku kedua 2025.
21-08-2025
Petron Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri
Petron Malaysia berkolaborasi dengan PDRM, JPJ, Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh dan snskidz untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.
04-04-2024
Isi Minyak Di Petron, Rebut Peluang Melancong Ke Korea
Ada berita baik buat pemegang kad P-Miles.
15-12-2023
Kini Pengguna BHPetrol & Petron Boleh Guna E-Dompet TrueMoney – Cepat & Mudah!
BHPetrol dan Petron kini menjalankan kerjasama dengan platform pembayaran digital terkemuka.
06-11-2023
Selamatkan Diri Di Petron – Pekerja Terlatih, Ada Sudut Bantuan Keselamatan
26 pengusaha stesen minyak Petron menerima penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas penglibatan mereka dalam program Go-To-Safety-Point (GTSP).
31-10-2023
Peluang Bercuti Selama 8 Hari Di Türkiye Untuk Pelanggan Petron! Ini Caranya...
Petron Malaysia kini bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Turkiye menjalankan kempen “Jom Jalan-Jalan Türkiye."
18-12-2022
Kakitangan & Pengusaha Stesen Minyak Petron Turun Padang, Bersihkan Stesen Yang Dinaiki Banjir
Petron mengadakan kutipan derma melalui VIA untuk menghantar bantuan ke kawasan yang terjejas.
27-01-2022
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

