ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Petron Rinching Kumpul E-Sisa Secara Pandu Lalu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Petron-esisa2.jpg


Dari kiri: Ketua Pegawai Operasi TM Enviro Industries Sdn Bhd, Kanageshwaranabhan A/L Padmanabhan, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Puan Nor Aziah Jaafar, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, YB Puan Jamaliah Jamaluddin dan Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek. 


Petron Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada Sabtu lalu, telah melancarkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik & Elektronik (e-sisa). Program tersebut yang diadakan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 telah dilaksanakan dengan tujuan untuk mempromosikan tabiat kitar semula atau pelupusan e-sisa yang betul dalam komuniti.


Kempen ini dirasmikan oleh  Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Puan Nor Aziah Jaafar dan Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia,  Puan Shaliza Mohd Sidek di Stesen Minyak Petron Rinching, Semenyih pada 22 Jun 2024 lalu. 


Kesedaran Mengenai Pengurusan E-Sisa


Petron-esisa1.jpg


YB Puan Jamaliah menekankan kepentingan menguruskan e-sisa dengan bertanggungjawab untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar dan kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Beliau memuji usaha Petron dalam menjadikan projek perintis ini berjaya dan berharap inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pengurusan e-sisa yang baik.


“Saya berharap inisiatif ini dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga Selangor tentang tanggungjawab memelihara alam sekitar melalui pengurusan e-waste yang baik, sekaligus dijadikan sebagai satu gaya hidup dan budaya,” katanya. 


Penglibatan Orang Ramai


eWaste-Petron.jpg


Sempena program ini, orang ramai telah menghantar e-sisa secara pandu lalu ke stesen minyak Petron Rinching. 


Orang ramai, terutamanya penduduk di sekitar Semenyih telah membawa barangan elektronik dan elektrik yang sudah tidak digunakan ke lokasi kempen ini dijalankan, Petron Rinching pada hari Sabtu lalu, dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Di sini JAS telah melantik sebuah syarikat pelupusan e-sisa yang berlesen untuk menukarkan e-sisa dengan wang tunai dan menguruskan pengumpulan e-sisa dengan betul.


Kakitangan Petron dari pelbagai lokasi, termasuk Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan Kilang Penapis Port Dickson, turut mengambil bahagian dalam inisiatif kutipan e-sisa ini. 


Kepentingan Tabiat Pelupusan E-Sisa yang Bertanggungjawab


Menurut Pengarah JAS Selangor, Pn Nor Aziah binti Jaafar, e-sisa merupakan aliran sisa pepejal yang paling cepat berkembang di dunia. Beliau menggesa orang ramai untuk melupuskan e-sisa mereka secara bertanggungjawab menggunakan titik pengumpulan yang ditetapkan atau kemudahan kitar semula untuk mengurangkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.


“E-sisa akan menjadi bahan pencemar yang amat teruk, di mana ia mampu memberi impak yang sangat negatif kepada kesihatan orang ramai. Terutamanya di kawasan yang terdedah kerana ia boleh mengambil masa ribuan tahun untuk dilupuskan,” ujarnya. 


Komitmen Petron Terhadap Ekonomi Kitaran


Petron berusaha untuk mengamalkan Ekonomi Kitaran dengan menggalakkan penggunaan sumber yang bertanggungjawab dan meminimumkan impak terhadap alam sekitar melalui pengurusan sisa yang cekap. Inisiatif ini selari dengan komitmen Petron terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 12: Tanggungjawab terhadap Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, dan SDG 17: Perkongsian Untuk Matlamat.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6526

SELANGOR

BSQ8454

JOHOR

JYY7485

PULAU PINANG

PSD1321

PERAK

APJ2503

PAHANG

CFG7912

KEDAH

KGG5216

NEGERI SEMBILAN

NEK6635

KOTA KINABALU

SJS4331

KUCHING

QAB119P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-09-2025
Gaya Hidup

25-06-2024
Berita Auto

05-04-2024
Berita Auto

16-12-2022
Berita Auto
Berita Auto

03-10-2022
Berita Auto

09-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.