ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Subsidi Diesel Ditarik: Apa Kata Anda?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rata-rata pemilik kenderaan yang menggunakan minyak diesel mengeluh di sebalik kenaikan harga minyak diesel sehingga RM3.35 seliter yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Sebelum ini, harga diesel cuma RM2.15 namun naik sebanyak RM1.20 menjadikannya harga baharu bermula hari ini adalah RM3.35.

Namun, seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel individu akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan pertama menerusi Program  Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) mulai hari ini.

image.png

Untuk makluman, pemberian subsidi bahan api pada masa ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat berikutan peningkatan harga bahan api di pasaran terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagaimanapun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmah Saleh pula berpendapat penarikan subsidi diesel sepatutnya dilakukan secara berkala dan bukannya secara mengejut seperti mana yang diumumkan semalam.

“Ksan penarikan subsidi diesel ini akan mengakibatkan harga diesel naik dengan begitu mendadak dari RM 2.15 kepada RM 3.35 iaitu kenaikan sebanyak RM1.20/liter. Kenaikan yang besar dan tajam ini sudah pasti mendatangkan kesan kepada ekonomi semasa dan orang ramai. 

“’Dengan kaedah pembayaran subsidi bersasar ke golongan yang memerlukan masih lagi di peringkat awal dan sudah pasti akan ada masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan seperti kelulusan permohonan yang dipohon dan keciciran golongan yang memerlukan, impak ekonomi kepada pengguna tetap akan berlaku dan tidak dapat dielakkan.,” tulisnya di halaman Facebooknya.

Tambah beliau,  Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengesyorkan agar subsidi diesel ini perlu dilaksanakan secara berkala. 

Adalah lebih elok jika ia boleh dilaksanakan dengan penarikan subsidi secara kecil dahulu misalnya RM 0.20, atau pada kadar 10% minimum sehinggalah cabaran-cabaran awal dapat diatasi dan situasi ekonomi semasa kembali stabil barulah mula dengan jumlah yang lebih besar secara berkala,”ujarnya.

image.png

Bagi yang tidak tahu, subsidi diesel ditarik balik sebagai salah satu mekanisme untuk membasmi aktiviti ketirisan melibatkan subsidi bahan api berkenaan yang disifatkan semakin berleluasa kebelakangan ini.

Apa Kata Pemilik Trak Pikap?

Sementara itu, seorang pemandu lori yang enggan mahu dikenali berkata, kenaikan harga itu agak ketara.

“Kenaikan yang amat tinggi itu cukup membebankan kerana ia  bukan sahaja digunakan untuk ke tempat kerja, tetapi untuk memudahkan urusan lain selain menghantar anak ke sekolah dan turut digunakan untuk bercuti.

“Biarpun, ada bantuan sebanyak RM200 namun ia masih tidak mencukupi. Bayangkan, satu tangki penuh mencecah RM140, minimum boleh guna dalam dua, tiga hari sahaja, ikut cara kita bawa kereta,”katanya.

Sebaliknya, dakwaannya dilihat berasas memandangkan  berikut adalah perbandingan penggunaan diesel mengikut model trak pikap yang laris di pasaran tempatan.

Berdasarkan jadual di bawah, jika anda menggunakan Ford Ranger Raptor, kapasiti tangi minyak sebanyak 80 liter memakan kos RM268 dimana anda boleh melakukan perjalanan sejauh 976 kilometer dengan tangka minyak yang penuh.

Begitu juga dengan Toyota Hilux GR-S dimana ia yang dilengkapi dengan kapasiti tangka minyak yang sama dengan Raptor, turut menelan belanja sebanyak RM268. 

Tidak kurang juga, ada  pengguna laman sosial Facebook, membuat kiraan perbelanjaan diesel untuk sebulan.

Perbelanjaan Diesel Bulanan. 

Mitsubishi Triton 2.4 Diesel Tahun 2021

Purata penggunaan bulanan 3 x isian penuh sebulan. 

1 isian tangki penuh = +-700km

3x isian tangki penuh = 2100km

Harga sekarang 9/06/24

1 Liter = RM2.15

Isian Tangki Penuh 60.4l = RM130.00

Harga 10/06/24

1 Liter = RM3.35

Isian Tangki Penuh 60.4l = RM202.34

Kenaikan 202.34-130.00 = RM72.34

Kenaikan 3x sebulan isian penuh = RM217.03

Bantuan Budi Madani = $200

"Kesimpulannya: Bantuan Budi Madani sebanyak $200 tidak mencukupi untuk penggunaan saya sendiri. 

Kerajaan perlu menambah lagi subsudi tunai diesel untuk membantu rakyat menangani kenaikan bahan api diesel," ujar   Zulatfi Ruzaini di halaman Facebooknya. 

Apa pula pendapat anda, adakah wajar kerajaan menarik balik subsidi diesel atau pun mengambil pendekatan lain?


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS8607

SELANGOR

BSU2476

JOHOR

JF3087J

PULAU PINANG

PSG1617

PERAK

APL9382

PAHANG

CFH9330

KEDAH

KGJ3538

NEGERI SEMBILAN

NEM1921

KOTA KINABALU

SJU4356

KUCHING

QAB7136P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-09-2026
Berita Auto

24-08-2026
Berita Auto

25-06-2026
Berita Auto

13-05-2026
Berita Auto

05-05-2026
Berita Auto

29-04-2026
Berita Auto

18-07-2024
Berita Auto

06-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.