1,000 Tempahan Mitsubishi Xforce Diterima Selepas Seminggu Pra-Pelancaran

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menerima 1,000 Mitsubishi Xforce dalam masa seminggu selepas pra-pelancaran dan pembukaan tempahan.
Sambutan menggalakkan ini mencerminkan keterujaan rakyat Malaysia terhadap SUV kompak terbaharu Mitsubishi Motors menjelang pelancaran rasminya yang dijadualkan pada awal April.
Sebagai menghargai sokongan yang amat memberangsangkan, Mitsubishi Motors Malaysia melanjutkan Pakej Early Bird eksklusif kepada 1,000 pelanggan seterusnya yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi.

Pelanggan yang menempah Mitsubishi Xforce dalam tempoh lanjutan Early Bird ini turut akan menikmati:
Rebat tunai RM5,000
Tiga kali servis percuma dari segi kos buruh
Penyertaan dalam Peraduan “Buy 1 Free 1”, di mana pelanggan yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi berpeluang memenangi sebuah lagi Mitsubishi Xforce Ultimate.

Untuk makluman, model ini ditawarkan dalam dua varian, iaitu Urban dan Ultimate dengan harga anggaran bermula RM110,000 bagi varian Urban dan RM120,000 bagi varian Ultimate (atas jalan tanpa insurans).
Dari segi prestasi, Mitsubishi Xforce dikuasakan oleh enjin 1.5 liter bersama transmisi CVT yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 105PS dan tork 141Nm .


Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan sistem paparan audio 12.3 inci menyokong Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar, manakala teknologi nanoe™ X yang digandingkan dengan sistem pendingin hawa dwi-zon membantu memastikan kualiti udara kabin yang lebih bersih.
Antara ciri lain ialah tempat duduk belakangnya hadir dengan fungsi larasan sehingga lapan tahap sekali gus menawarkan fleksibiliti serta keselesaan optimum kepada penumpang.
Terdapat juga sistem audio Premium Yamaha dengan lapan pembesar suara khusus untuk Mitsubishi Xforce.
Tidak ketinggalan Mitsubishi Xforce turut menawarkan ciri praktikal seperti Power Tailgate dengan Kick Motion, selain 23 ruang simpanan pintar termasuk kotak penyejuk di konsol tengah, bagi memenuhi keperluan penggunaan seharian dan perjalanan jarak jauh.

Bagi melengkapkan ciri keselamatan, model ini dilengkapi Mitsubishi Motors Safety Sensing, yang merangkumi Amaran Titik Buta, Mitigasi Perlanggaran Hadapan, Kawalan Jelajah Adaptif, Lampu Suluh Tinggi Automatik, Amaran Lintasan Belakang dan banyak lagi.
Dengan empat mod pemanduan boleh pilih, Active Yaw Control (AYC) serta kelegaan tanah terbaik dalam kelas setinggi 222mm, ia memberikan keyakinan dalam pelbagai keadaan jalan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Takashi Sakamaki, berkata, pihaknya berterima kasih atas sambutan luar biasa terhadap Mitsubishi Xforce.
@Pencapaian lebih 1,000 tempahan dalam tempoh seminggu merupakan bukti kukuh keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama kami dan SUV baharu yang menarik ini. Lanjutan Pakej Early Bird ini adalah tanda penghargaan kami atas kepercayaan dan sokongan pelanggan.

Tambahnya, dengan Xforce dipasang secara tempatan, ia turut mencerminkan komitmen jangka panjang pihaknya terhadap Malaysia.
''Kami percaya Xforce akan menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya dan terus mengukuhkan kehadiran Mitsubishi Motors di pasaran,'' jelasnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4596
SELANGOR
BSU3431
JOHOR
JF5040J
PULAU PINANG
PSG3080
PERAK
APM1461
PAHANG
CFH9806
KEDAH
KGJ4132
NEGERI SEMBILAN
NEM2419
KOTA KINABALU
SJU4962
KUCHING
QAB7404P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Di Miri
MMM bersama rakan pengedar setianya, Auto Pacifica, mengumumkan bahawa Pusat 4S yang terletak di Miri, Sarawak telah dinaik taraf, baru-baru ini.
20-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).
05-02-2026
Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini
Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.
03-02-2026
ROI Mitsubishi Xforce Sudah Dibuka, Jika Minat Sangat Boleh Tempah Pada Feb Nanti
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka tempahan untuk Mitsubishi Xforce bermula awal Februari ini.
12-01-2026
Pusat 3S Mitsubishi Eon Auto Mart Kini Di Melaka Autocity
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedarnya, Eon Auto Mart (EAM), hari ini mengumumkan pemindahan dan naik taraf bilik pameran Mitsubishi Motors di Melaka.
16-11-2025
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
