Terokai Kerjasama Teknikal Untuk CKD Dongfeng Box EV

Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) melalui anak syarikatnya, Central Auto Distributors Bhd (CADB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB), sebentar tadi.
MoU itu dimeterai untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau untuk pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV), Dongfeng Box.
MoU itu juga bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat dalam aktiviti pemasangan kenderaan, dengan NMSB menyediakan fasiliti dan CADB bertanggungjawab terhadap pemasaran serta pengedaran kenderaan elektrik.
Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, CADB sedang meneroka program CKD untuk pengeluaran kenderaan elektrik dari China iaitu Dongfeng Motor (DFM).

Usaha itu, katanya, sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk menyokong visi kerajaan dan selaras dengan misi PEKEMA untuk meningkatkan penyertaan ahli-ahli dalam perniagaan dan ekosistem kenderaan elektrik.
"Melalui CADB, PEKEMA berhasrat untuk membangunkan program pembangunan bakat tempatan dan vendor untuk kenderaan elektrik.
“Kami juga berharap untuk mencapai pemindahan teknologi yang berjaya dengan Dongfeng Motor yang membuat pelaburan besar dalam teknologi automotif di China," katanya.
Majlis MoU itu turut disaksikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Faisal Mohd Yusof yang berlangsung di Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
Tambah beliau, ini termasuklah peluang untuk ahli PEKEMA terlibat dalam perniagaan pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan untuk model Dongfeng Box di bawah Syarikat Dongfeng Motor.
“Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada industri tempatan tetapi juga bakal membuka peluang kepada ahli-ahli kami untuk mengambil bahagian dalam pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan," ujarnya.
Difahamkan, perjanjian MoU antara Central Auto Distributors Bhd (CADB) dan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) dijangka akan membuka lembaran baharu dalam industri automotif Malaysia, khususnya dalam era peralihan kepada kenderaan elektrik yang mesra alam.
Kedua-dua pihak akan meneruskan perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian definitif yang akan memperincikan aktiviti-aktiviti kerjasama yang bakal dijalankan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQQ9557
SELANGOR
BSN4490
JOHOR
JYT4137
PULAU PINANG
PSA6256
PERAK
APG967
PAHANG
CFF8337
KEDAH
KGE8161
NEGERI SEMBILAN
NEJ8037
KOTA KINABALU
SJQ8463
KUCHING
QAB4203N
Terakhir Kemas Kini 19 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Pekema, Aquateak Jalin Kerjasama Tubuhkan SenangCas
PEKEMA menandatangani kerjasama strategik dengan Aquateak Energy Sdn Bhd untuk membangunkan SenangCas Sdn Bhd.
09-07-2025
MAS 2025: PEKEMA Sahkan 2 Lagi Model EV Bakal Dilancar
PEKEMA bakal lancar dua model baharu iaitu sedan dan SUV.
10-05-2025
23 Pengedar Dilantik, Dongfeng Box Bakal Dilancar
CADB telah melantik 23 pengedar sah pertama untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
28-09-2024
Box S31: Ada 2 Varian, Harga Bawah RM115K, OK Tak?
Rasanya, DongFeng mampu menawan hati orang Malaysia tak?
04-08-2024
PEKEMA Sambut Baik Usaha Kerajaan Tapi
PEKEMA menggesa kerajaan supaya mengawal ketat jumlah syarikat yang diberi permit import (AP) terbuka.
19-06-2024
MITI Akan Nilai Permohonan PEKEMA Bersama MOF
MITI akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.
26-11-2023
Berita Terkini
Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter
Diesel naik 75 Sen: Mana lagi sakit, menghadap jammed PLUS atau menghadap meter pam minyak esok?
18-03-2026
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Kelantan Cipta Rekod, Dalam 17 Hari, 24,135 Kes Langgar Had Laju
Kurangkan kelajuan di hadapan Istana Negeri Kota Bahru, Kelantan.
17-03-2026
Proton X90 2026 Atau Chery Tiggo 8 PRO, Mana Satu Untuk Anda
Ini perbandingan antara Proton X90 2026 vs Chery Tiggo 8 PRO.
16-03-2026
Ramai Minat iCaur, Ada 1,800 Unit Di Malaysia
iCAUR Malaysia terus memecah rekod dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan apabila secara rasmi mencatatkan 1,800 unit kenderaan di jalan raya
16-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat