Zeekr X Bakal Dipertontonkan Dalam Acara Eksklusif Bersama Rakan Niaga, Hampir Dilancarkan?
-full.webp)
Setelah berbulan khabar anginnya berlegar, jenama Zeekr yang dimiliki oleh Geely dilaporkan akan mula melangkah masuk ke dalam pasaran Malaysia.
Perkara ini disahkan selepas rakan-rakan niaganya dikatakan telah menerima jemputan untuk menyaksikan SUV Zeekr X buat pertama kalinya di Grand Hyatt KL.
Acara tersebut juga mungkin akan dihadiri oleh wakil Zeekr dari ibu pejabat, yang akan membuat pendedahan mengenai butiran syarikat, produk dan sasarannya untuk pasaran Malaysia.
-full_normal.webp)
Sebelum ini, CariCarz pernah melaporkan bahawa Zeekr, sebuah jenama premium di bawah syarikat Geely telah memulakan operasi di negara jiran, Singapura dan Thailand. Syarikat tersebut telah membuka tempahan dengan penghantaran yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.
Selain itu, CNetPost.com beberapa hari lalu melaporkan bahawa proses pengeluaran kenderaan bagi pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) kini telah dimulakan.
-full_normal.webp)
Maklumat ini menyakinkan kita bahawa Zeekr akan mula membuka tempahan untuk kenderaannya di Malaysia tidak lama lagi dengan penghantaran yang dijangka tidak jauh daripada yang dijadualkan untuk Singapura dan Thailand. Barisan produk yang akan ditawarkan juga sama seperti negara jiran kita ini, iaitu bermula dengan Zeekr X, sebelum diikuti oleh Zeekr 009.
Berdasarkan maklumat dalaman industri, Sime Darby Group berkemungkinan besar akan mewakili jenama Zeekr di Malaysia, bukan Pro-Net yang dijangkakan sebelum ini.
-full_normal.webp)
YB Tengku Zafrul telah melawat kilang pengeluaran Zeekr di China, tahun lalu.
Untuk makluman, Zeekr X ialah SUV crossover elektrik dalam segmen B yang dibina berdasarkan platform SEA seperti smart #1. Di China, ia ditawarkan dalam beberapa pilihan iaitu sama ada versi motor tunggal, pacuan roda belakang (AWD) dan dua motor, pacuan semua roda (AWD) yang dikuasakan oleh bateri NMC berkapasiti 66 kWj. Bateri ini boleh dicas dengan pengecas AC 22 kW dan DC 150 kW, seperti smart #1.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Sementara itu, MPV elektrik Zeekr 009 juga dibangunkan berdasarkan platform SEA seperti Volvo EM90. Di China, model ini ditawarkan dalam versi trenkuasa dua motor AWD dengan output 536 hp (400 kW), dikuasakan oleh bateri CATL yang berkapasiti 116 kWj atau 140 kWj, memberikan kenderaan kemampuan untuk mencapai jarak EV maksimum sehingga 822 km (CLTC).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Terpakai Anda Mungkin Bernilai Lebih Daripada Anda Fikirkan. Ini Apa Yang 10 Pemilik Dapat Melalui Konsainan
Mahu menjual kereta terpakai anda di Malaysia? Lihat apa yang diterima oleh 10 pemilik melalui konsainan CariCarz AutoMall, daripada Axia hinggalah Zeekr.
26-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD
Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.
13-02-2026
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.
09-02-2026
Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026
Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.
22-01-2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge