ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024 Kini di Malaysia – CKD, dari RM399,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-14.jpg


BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024 


BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024. Model baharu ini menggantikan versi bukan M Sport Pro dengan reka bentuk yang lebih sporty pada harga RMRM399,800.


BMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-4.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-3.jpg


Sama seperti model yang digantikannya, X4 xDrive30i M Sport Pro  baharu turut dipasang secara tempatan (CKD) di kilang BMW di Kulim, Kedah. 


Reka Bentuk BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024


BMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-19.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-20.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-21.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-22.jpg



Jentera sporty ini didatangkan dengan M Lights Shadowline dan M High-Gloss Shadowline yang menggantikan bahagian krom kepada aksen gelap dan hitam berkilat pada gril hadapan, paip ekzos dan bahagian lain.  Menaikkan lagi aura agresif  X4 ini adalah penggunaan rim 21 inci BMW Individual V-Spoke Style 726 dengan brek M Sports berwarna merah. 


Pilihan Warna dan Upholsteri BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024



BMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-15.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-9.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-2.jpg


BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024 ditawarkan dalam tiga warna iaitu Alpine White, Black Sapphire dan M Brooklyn Grey. 


Di bahagian dalam, terdapat dua pilihan upholsteri iaitu ‘Vernasca’ Tacora Red Décor Stitching dan Leather ‘Vernasca’ Black Décor Stitching, memberikan pilihan kemasan yang elegan dan premium kepada pelanggan.


Teknologi dan Keselamatan BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024


BMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-23.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-24.jpg


Model baharu ini dilengkapi dengan ciri bantuan jelajah aktif (ACC) dengan fungsi henti-mula, sebagai tambahan kepada sistem bantuan pemanduan sedia ada. 


Selain itu, ia juga mempunyai fungsi telephony dengan pengecasan tanpa wayar, sementara kemudahan kabin lain kekal sama seperti model sebelumnya.


Prestasi dan Enjin BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024


BMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-1.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-6.jpg


BMW X4 xDrive30i M Sport Pro menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder berpengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan Steptronic Sport. Trenkuasa ini menghasilkan 248 hp dan 350 Nm, membolehkan X4 membuat pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 240 km/j.


Harga Jualan dan Waranti Pembelian BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024


BMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-8.jpgBMW-X4-xDrive30i-MSportPro-CKD-12.jpg


BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024 kini boleh ditempah pada harga RM399,800 atas jalan, tanpa insurans. Harga ini termasuk waranti kenderaan standard selama 2 tahun. 


Untuk perlindungan lebih panjang boleh dapatkan pakej BMW Service & Repair Inclusive yang bernilai RM26,700, merangkumi Waranti Lanjutan dan Servis selama 5 tahun.


Baca: Project Midnight: Jentera WRX Paling 'Menggerunkan' Pernah Dihasilkan Subaru


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM2180

SELANGOR

BST1376

JOHOR

JC8559J

PULAU PINANG

PSE9420

PERAK

APK8523

PAHANG

CFH5146

KEDAH

KGH6654

NEGERI SEMBILAN

NEL5317

KOTA KINABALU

SJT6405

KUCHING

QAB4374P

Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

13-02-2026
Teknologi

24-12-2025
Global

10-12-2025
EV

21-02-2025
EV

10-05-2024
Global

26-04-2024
EV

25-04-2024
Global

09-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.