Jom ke Art of Speed 2024 pada 27-28 Julai ini! Apa yang Menarik?

Lebih besar dan menarik dari sebelum ini! Itulah yang dijanjikan kepada peminat dunia Kustom & Counter Culture untuk acara Art of Speed (AOS) 2024. Acara ini bakal berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 27 dan 28 Julai 2024 ini.
Tetamu Istimewa


Acara tahun ini akan dimeriahkan dengan kehadiran nama-nama terkenal termasuk Shige Suganuma dan Shinotsuka "NATQQ" Michihisa dari MOONEYES, ikon drift dunia, Daigo Saito dari Toyota Gazoo Racing, pemandu drift profesional Malaysia, Tengku Djan dan ramai lagi.
Terbaru Bagi Tahun 2024

Pelbagai aktiviti dan pameran menarik baharu bakal diadakan di Art of Speed (AOS) 2024, antaranya adalah seperti yang berikut:
- SoundCircus Takeover: Menampilkan kugiran terkenal sepertiSpider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan banyak lagi. Diadakan di Dewan A sepanjang acara berlangsung dari 27 hingga 28 Julai 2024 bermula jam 4 petang. (Tiket boleh dibeli di sini)
- Kerjasama dengan Selangor FC: AOS 2024 berkolaborasi dengan Selangor FC untuk menyokong kempen "Stop The Violence."
- Kolaborasi Eksklusif: AOS berkolaborasi dengan jenama-jenama terkenal seperti Zippo, Von Dutch, Selangor FC dan MOONEYES.
-AOS Invitational Build-Off: Pertandingan 10 pembina binaan khas untuk merebut hadiah wang tunai dan peluang menghantar motosikal kustom ke The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.
Pameran dan Aktiviti Lain


Berikut adalah antara aktiviti dan pameran menarik lain yang boleh disertai atau disaksikan di Art of Speed (AOS) 2024:
- The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia: Pameran di Dewan C ini menampilkan aktiviti seperti Hot Wheels Rare and Collectibles, Hot Wheels Skate School, dan banyak lagi.
- ThunderCircus “Brotherhood Rally”: Kawasan terbuka yang dikhaskan untuk peminat motosikal dengan pelbagai aktiviti menarik.
- NEAT Fest: Kerjasama dengan NoEqual.co menampilkan koleksi kereta bermodifikasi terbaik di Dewan C.
- Off The Grid: Acara gaya hidup outdoor di Dewan C dengan keselesaan hawa dingin, menampilkan aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
- Roda Rumble 2024: Two Wheels Gathering & Outdoor Festival oleh Retro Mania.
- La Cultura: Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering.
- Food Park: Vendor makanan dan foodtruck kini di luar.
- Bazar Vintaj Automobil: Pelbagai barangan automobil klasik untuk peminat.
-Cabutan Bertuah: Pemegang tiket bertuah akan membawa pulang sebuah Honda yang telah dimodifikasi, hasil kolaborasi AOS X QARTEL TV.
Tiket

Pas hujung minggu boleh didapati dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun dan pemegang pas OKU masuk percuma. Bagi acara tahun ini, pengunjung juga boleh mendapatkan tiket parkir valet VIP dengan bayaran RM30 yang membolehkan kenderaan diletakkan di aras bawah Dewan D.
Maklumat Lanjut

Selain yang disenaraikan, banyak lagi aktiviti lain yang akan diadakan di acara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai AOS 2024, layari laman web rasminya di www.artofspeedmy.com
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5581
SELANGOR
BSU146
JOHOR
JE7695J
PULAU PINANG
PSF8345
PERAK
APL7180
PAHANG
CFH8379
KEDAH
KGJ2538
NEGERI SEMBILAN
NEM735
KOTA KINABALU
SJU2793
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
AOS 2024: Stop The Violence
Seperti tahun-tahun sebelum, pameran kenderaan kustom dari luar negara merupakan antara tarikan utama di AOS 2024.
29-07-2024
Art of Speed 2023 Bakal Berlangsung Di MAEPS Pada 29-30 Julai Nanti, Ini Senarai Aktiviti
Acara Kustom & Counter Culture terbesar Malaysia, Art of Speed, kembali menggegarkan negara pada tahun ini dengan lebih banyak acara menarik.
14-03-2023
Kustom Ada Gaya! Art of Speed 2025 Tarik Ribuan Pengunjung
Festival Art of Speed (AOS) edisi ke-14 telah melabuhkan tirainya di MAEPS Serdang pada hujung minggu lalu dengan sambutan yang luar biasa.
28-07-2025
Art of Speed 2023 Bakal Berlangsung Di MAEPS Pada 29-30 Julai Nanti, Ini Senarai Aktiviti
Acara Kustom & Counter Culture terbesar Malaysia, Art of Speed, kembali menggegarkan negara pada tahun ini dengan lebih banyak acara menarik.
14-03-2023
Kini Kembali! Pameran Kereta Terbesar Malaysia Autoshow Bakal Diadakan Mei Ini
Malaysia Autoshow bakal kembali menggegarkan dunia pencinta kereta.
25-01-2023
Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...
Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.
04-07-2025
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat