- Berita
- Berita Auto
- Jualan Kenderaan Meningkat 6.6% Separuh Pertama 2024, Unjuran Baharu Lebih Tinggi – MAA
Jualan Kenderaan Meningkat 6.6% Separuh Pertama 2024, Unjuran Baharu Lebih Tinggi – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan peningkatan jumlah volum industri (TIV) jualan kenderaan baharu Malaysia sebanyak 6.6% dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2024 iaitu 390,296 unit berbanding 366,176 unit pada tempoh yang sama tahun 2023, peningkatan sebanyak 24,120 unit.
Segmen Kereta Penumpang Catat Prestasi Jualan & Tempahan Tinggi

Perbezaan TIV pada separuh pertama tahun 2024 dan 2023. (Sumber: MAA)
Kenaikan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh segmen kenderaan penumpang yang mencatatkan peningkatan volum terbesar. Dari Januari hingga Jun 2024, jualan kereta dan tempahan terkumpul yang direkodkan ialah 356,859 unit berbanding 326,697 unit dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, menunjukkan peningkatan sebanyak 30,162 unit atau 9.2%.

TIV kenderaan penumpang dan komersial separuh pertama 2024 dan 2023. (Sumber: MAA)
Dalam tempoh yang sama, kenderaan komersial mencatatkan 33,437 unit, berkurang 6,042 unit atau 15.3% daripada 39,479 unit yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Peningkatan Unjuran TIV 2024

Berdasarkan prestasi kukuh ini, MAA telah menaikkan unjuran bagi keseluruhan 2024 kepada 765,000 unit berbanding unjuran sebelumnya, 740,000 unit.
MAA telah mengambil kira beberapa faktor dalam semakan semula unjuran untuk tahun 2024. Pertama, ekonomi domestik yang kukuh di mana kerajaan optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang antara 4.0 hingga 5.0% tahun ini. Kedua, keputusan Bank Negara untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3% dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari baru-baru ini yang mungkin dapat merangsang perbelanjaan domestik termasuk untuk pembelian kereta baharu.
-full.webp)
Sidang media MAA yang diadakan sebentar tadi.
Selain itu, terdapat tempahan yang sihat untuk pesanan yang diterima terutamanya dalam pasaran kereta penumpang segmen A. Di samping itu, kemasukan pemain baharu dan pelancaran model-model baharu yang menarik serta mampu milik turut memainkan peranan penting yang meningkatkan permintaan.
Peningkatan TIV dalam separuh pertama tahun 2024 menunjukkan pasaran automotif Malaysia berada pada landasan yang positif. Dengan unjuran TIV yang dinaikkan, MAA yakin industri automotif Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang tahun ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9142
SELANGOR
BSQ9127
JOHOR
JYB375
PULAU PINANG
PSD1837
PERAK
APJ3044
PAHANG
CFG8104
KEDAH
KGG5684
NEGERI SEMBILAN
NEK6829
KOTA KINABALU
SJS4605
KUCHING
QAB221P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu
Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.
21-01-2026
Harga Kereta CKD Kekal - MAA
Kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) tidak akan mengalami kenaikan harga tahun ini.
21-01-2026
Industri Automotif Tempatan Bakal Tempuhi 'Ujian Besar' Tahun Depan?
Selepas mencatatkan angka memberangsangkan pada 2025, industri automotif tempatan dijangka berdepan era yang mencabar tahun hadapan.
30-12-2025
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026
Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.
27-12-2025
Pembeli EV Lega, Walau Kereta Diterima Selepas 1 Januari, Masih Ada Insentif Cukai
Menjelang kiraan detik ke tahun 2026, timbul kegusaran dalam kalangan pembeli kenderaan elektrik (EV) tentang status pengecualian cukai mereka.
23-12-2025
Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia
Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.
26-08-2025
MAA Dedah Data Jualan Kereta Dari Jan - Ogos 2024
Jualan kereta Januari hingga Ogos lalu mencatatkan sebanyak 533,301 unit dimana angka jualan itu dilihat meningkat 6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
19-09-2024
Berita Terkini
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat