Lexus LBX, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM238K

Lexus Malaysia melancarkan secara rasminya, SUV terbaharunya, Lexus LBX 2024 untuk pasaran tempatan.
SUV ini didatangkan dalam dua varian, Premium dan Luxury dimana kedua-duanya adalah unit pemasangan import sepenuhnya (CBU).

Lexus LBX Premium dijual bermula dari RM238,888 manakala varian teratasnya, Luxury (RMRM268,888).
Model baharu ini didatangkan dengan enjin enjin hibrid elektrik 1.5 liter, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 134hp dan 185Nm.


Enjinnya yang dipadankan dengan eCVT lapan nisbah kelajuan membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 9.2 saat.
Menjengah bahagian luarannya, rekaannya lebih membulat membuatkan ia kelihatan agak montok.

Selain itu, ia tampil dengan tampil rekaan gril tanpa bingkai serta terdapat juga unit lampu projektor tunggal dengan fungsi Lampu Suluh Auto.


Bagaimanapun, bagi varian Premium, ia dipasangkan dengan rim aloi bersaiz 17 inci manakala Luxury ( 18-inci).


Berikut perincian di dalam kabin:
• Luxury - Skrin kluster digital berukuran 12.3-inci
• Premium – Skrin kluster digital bersaiz 7-inci
• Ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto
• Ada pengecas wayarles
• 4 port pengecas USB-C
• Guna audio Mark Levinson Premium Surround Sound.
• 13 speaker atau 6 untuk varian Premium.
• Sistem kawalan iklim berkembar
Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, anda tidak perlu bimbang mengenai perkara itu.
Ini kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan kerana dilengkapi dengan kedua-dua ciri keselamatan aktif dan pasif.

Terdapat juga brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, pemantau titik buta dan ada banyak lagi.
Lexus LBX 2024 didatangkan dengan enam pilihan warna, Silver Metallic, Astro Grey Metallic, Sonic Chrome, Sonic Copper, Sonic Quartz dan Black Mica.
Sementara, tiga warna lain iaitu Red Spinel, Passionate Yellow dan Deep Azure Mica Metallic perlu ditempah dalam slot lain.
Difahamkan harga yang disebutkan di atas termasuk waranti kenderaan perbatuan tanpa had 5 tahun standard dan waranti bateri perbatuan tanpa had 8 tahun, dengan tambahan perlindungan dua tahun ditawarkan sebagai pilihan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5408
SELANGOR
BST9876
JOHOR
JE7634J
PULAU PINANG
PSF8270
PERAK
APL7152
PAHANG
CFH8367
KEDAH
KGJ2490
NEGERI SEMBILAN
NEM670
KOTA KINABALU
SJU2779
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat