Mercedes-AMG GLB 35 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM418,888
-full.webp)
Selain Mercedes-AMG C63 S E Performance dan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan secara rasmi Mercedes-AMG GLB 35 4Matic untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga yang bermula daripada RM418,888, atas jalan, tidak termasuk insurans.
TRENKUASA MERCEDES-AMG GLB 35 4MATIC
-full.webp)
SUV tujuh tempat duduk ini menggunakan enjin empat silinder 2.0 liter turbo yang didatangkan dengan sistem hibrid ringkas 48V termasuk starter generator yang memberikan kuasa tambahan sementara sebanyak 14 ps atau 10 kW semasa pecutan. Sistem ini juga dikatakan meningkatkan kehalusan fungsi henti-mula enjin.
Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi AMG SPEEDSHIFT DCT 8G dan sistem pacuan AMG Performance 4MATIC.
Dengan sistem trenkuasa ini, Mercedes-AMG GLB 35 4Matic boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.
REKA BENTUK MERCEDES-AMG GLB 35 4MATIC
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Mercedes-AMG GLB 35 4Matic diberikan beberapa reka bentuk baharu berbanding versi terdahulu seperti yang dapat dilihat pada apron depan dengan logo AMG dan lampu signature hadapan yang kelihatan lebih agresif. Model ini menggunakan rim aloi ringan 5 jejari kembar AMG yang berukuran 20 inci dalam warna hitam matte dan kaliper brek berwarna merah.
KABIN MERCEDES-AMG GLB 35 4MATIC
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Bergerak masuk ke dalam kabin, Mercedes-AMG GLB 35 4Matic diberikan sistem MBUX generasi terkini yang menawarkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta sistem arahan suara yang lebih sofistikated. Skrin infotainmen dan kluster instrumen, kedua-duanya berukuran 10.25 inci.
Ciri standard lain ialah bumbung suria panoramik automatik, pad pengecas telefon tanpa wayar, papar pandu (HUD) dan kamera 360 darjah, sistem audio Burmester, USB dengan kapasiti pengecasan lebih tinggi serta port USB-C.
KESELAMATAN MERCEDES-AMG GLB 35 4MATIC
AMG GLB 35 4MATIC didatangkan dengan Driving Assistance Package, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Blind Spot Assist, Active Brake Assist, dan Exit Warning Assist. Turut ditawarkan, KEYLESS-GO Convenience Package, bukaan ruang kargo EASY-PACK, HANDS-FREE ACCESS, GUARD 360° Vehicle Protection dan pemantau tekanan tayar. Selain itu, model ini hadir dengan teknologi parkir yang menyokong bantuan parkir sisi dengan pandangan 360° melalui imej 3D.
HARGA MERCEDES-AMG GLB 35 4MATIC
Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM418,888, atas jalan, tanpa insurans. Harga adalah termasuk waranti MBM selama 4 tahun tanpa had perjalanan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4776
SELANGOR
BSP6496
JOHOR
JYV9154
PULAU PINANG
PSB9061
PERAK
APH1942
PAHANG
CFG4024
KEDAH
KGF6535
NEGERI SEMBILAN
NEK2996
KOTA KINABALU
SJR7083
KUCHING
QAB7054N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat